Dua tahun lalu sosok tubuh ini pernah tular di tiktok. Individu ini merupakan salah seorang pengawal peribadi
kepada Menteri Malaysia Ke-10 (PM10) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bodyguard pemimpin negara ini menjadi terkenal selepas dimuat naik oleh seorang wartawan bernama Jannah Jalidar di TikTok.
Menerusi perkongsian video tersebut, pengawal peribadi yang dianggap berwajah kacak sempat memberikan senyuman yang manis dan melambai ke kemera.
Rata-rata netizen mengatakan pengawal peribadi atau bodyguard itu sememangnya sudah lama berkhidmat untuk Anwar Ibrahim.
Namun apa yang mengejutkan adalah latar belakang Bodyguard pemimpin nombor satu negara tersebut. Ada seorang warga Tiktok
mendedahkan bodyguard tersebut merupakan anak kepada tokoh korporat terkenal Tan Sri Salleh Sulong yang pernah duduk di kerusi nombor satu di DRB Hicom.
@jannahjalidar Bodyguard PM-10 Anwar Ibrahim bagi mini love lah dekat kite 🤣 #dsai #pm10 #contentonly #bodyguardanwar #anwaribrahim #pru15 #kerajaanperpaduan ♬ DJ SAH – Tiktok – Sarah Suhairi
Menurut individu itu lagi yang juga merupakan jiran bodyguard Anwar ini, “adik ini agak pemalu dan pendiam..”
“Dia mesti berasa bangga dengan tuan majikannya. Dia pun dah lama setia berkhidmat dengan DSAI dan sekeluarga dari jatuh bangun.
“Mata dia berair wey. Tak sia-sia perjuangan semua untuk 24 tahun. Air mata kegembiraan.
“Bodyguard paling lama dengan DSAI. Dari rambut belakang dia pendek sampailah panjang sekarang. Stylo,” komen beberapa netizen.
Baca;