Nampak macam sama , rupanya ini perbezaan diantara gula kasar dengan gula super

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Gula merupakan salah satu keperluan yang ‘wajib ada’ di dapur.Kepentingan gula sememangnya

tidak boleh dinafikan kerana hampir semua hidangan dan makanan serta minuman mengandungi gula.

Umumnya, gula mempunyai pelbagai jenis seperti gula kasar, gula halus dan gula perang.

Ia sering menjadi ‘penambah rasa’, yang sememangnya digemari ramai.Jika kita membeli-belah di pasar raya besar ataupun kedai runcit,

terdapat satu seksyen khas yang disediakan untuk barangan dapur ini. Pada bahagian tersebut, pelbagai gula disusun mengikut jenis yang dijual.

Nampak macam sama , rupanya ini perbezaan diantara gula kasar dengan gula super

Disebabkan perkataan ‘gula’ pastinya ramai yang menganggap gula mempunyai tahap kemanisan yang sama meskipun berlainan pek, namun sebenarnya tidak.

Tahukah anda sebenarnya, gula juga mempunyai tahap kemanisan yang berbeza terutamanya gula kasar dan gula super walaupun warna dan peknya yang hampir sama.

BACA JUGA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu
Perkara itu dijelaskan menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh MSM Gula Prai di akaun Facebook.

Maklum syarikat pengeluar gula itu, kedua-dua produk yang dikeluarkan itu mempunyai pelbagai perbezaan termasuk kejernihan gula.

“Gula kasar dan gula super merupakan produk keluaran Gula Prai yang mempunyai kemanisan yang berbeza,” tulis kenyataan tersebut.

Perbezaan Gula Kasar & Gula Super

Secara umumnya, gula kasar merupakan barangan kawalan kerajaan yang terdapat di seluruh Malaysia. Manakala gula super pula diproses secara lebih sistematik termasuk lebih jernih, lebih putih dan lebih manis.

Dari segi harga, setiap gula kasar berrharga RM2.85 dan harganya adalah tetap kerana di bawah harga kawalan runcit. Gula super pula jauh lebih mahal dengan nilai RM4.60 dan harganya ditentukan mengikut pasaran.

Bagi gula kasar, ia dijual dengan tiga variasi pek berat iaitu 500 gram (g), 1 kilogram (kg) dan 2kg. Gula super pula hanya dijual dalam pek 1kg sahaja.

Bercakap tentang gula, tak lengkap kalau tidak bercerita tentang tahap kejernihannya, gula kasar hanya mempunyai Max.150 /I.U sahaja berbanding gula super MAX. 40 /I.U.

Walaupun mempunyai tahap kejernihan yang berbeza, namun kedua-dua gula ini diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi.

BACA: