Kebiasaan kalau memilih kaedah kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD), pastinya semua akan bersedia di rumah.
Pastinya mesej akan diberikan oleh penghantar barang lebih awal bersama jumlah yang perlu dibayar penerima.
Namun masih ada yang sengaja melambatkan kerja penghantar barang dengan memberikan alasan mereka akan ‘transfer’ bayaran tersebut.
Jika bekerja maka janganlah pilih COD atau minta untuk ia dihantar pada Sabtu atau Ahad, ini tidak penghantar barang pula terpaksa membayar dahulu barang anda.
Menerusi Facebook, seorang penghantar barang berang dengan sikap penerima yang beri pelbagai alasan untuk membayar lambat barangan mereka.
Dalam tangkap layar tersebut, terlihat pembeli meminta untuk meletakkan barang terlebih dahulu dan dia akan memindahkan duit ke akaun bank.
“Nanti saya transfer, lambat sikit sebab sekarang tengah sibuk kerja. Macam biasa saya akan transfer nanti,” ujar pembeli tersebut.
Melihat kepada mesej yang dibalas penghantar barang, jelas ini bukanlah kali pertama pembeli tersebut mengambil masa lama untuk bayar.
“Macam biasa? Lepas dua ke tiga hari saya hubungi tapi tak angkat ke? Dan suruh saya bayar dulu barang tu?
“Kalau saya tahu, saya tak bawa lagi parcel awak,” ujar penghantar barang dalam tangkap layar tersebut.
Rata-rata netizen juga tidak berpuas hati dan mengharapkan orang ramai untuk bersedia dengan duit secukupnya untuk bayar barangan dibeli.
“Jenis COD kalau macam ini perangan, suruh mereka datang ambil sendiri dekat kurier. Menyusahkan orang.
“Aku kalau dapat mesej memang laju sediakan duit, kadang letak dalam sampul pastu bagitahu dia kat mana aku letak, tak pun dia hantar barang aku terus transfer, senang.
“Cod kan cash on delivery, kalau nak transfer baik kau bayar masa beli terus,” antara komen netizen.
Baca juga: Nak gugur jantung isteri periksa resit helmet suami, “ada ye harga macam ni?”