Sejumlah netizen Indonesia mengecam tindakan anak bongsu Presiden Indonesia,
Joko Widodo yang didakwa selamba mempamerkan percutian mewah di Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan republik itu dilanda protes.
Lebih memburukkan keadaan, warganet mendakwa Kaesang Pangarep dan Erina Gudono menyewa jet peribadi
dengan anggaran kos 4 bilion rupiah (RM1.2 juta) untuk perjalanan sehala ke Amerika Syarikat (AS).
Lapor Sinar Harian, spekulasi itu mula timbul apabila Erina menerusi perkongsian di Instagram menunjukkan imej tingkap pesawat yang jelas tidak seperti jet komersial.
Hasil ‘siasatan’ warganet mendapati tingkap itu sepadan dengan jet peribadi Gulfstream G650 malah data penerbangan juga mengesahkan ketibaan mereka di Washington pada awal minggu lalu ketika demonstrasi sedang memuncak.
Ketika di AS, Erina sekali lagi mencetuskan kritikan apabila mempamerkan gaya hidup mewah dengan menikmati roti berharga 400,000 rupiah (RM119) di Grand Central Market di Los Angeles selain berbelanja sakan barangan keperluan bayi bersama kakaknya.
Perkongsian gambar sedemikian mengundang kemarahan warganet kerana pasangan tersebut didakwa tidak menjaga sensitiviti sedangkan kebanyakan rakyat Indonesia bergelut untuk meneruskan hidup.
Baca juga: Aqil Zulkiflee buat aksi tak senonoh dengan isteri dalam kolam buat ramai mak ayah kecewa