Presiden BAM kotakan janji, umum letak jawatan kuat kuasa serta merta

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah menepati janjinya dengan mengumumkan perletakan jawatan

sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat semasa majlis penyerahan ganjaran RM125,000 kepada beregu lelaki nombor satu negara,

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Datuk V Subramaniam akan bertindak sebagai pemangku presiden buat sementara waktu.

Presiden BAM kotakan janji, umum letak jawatan kuat kuasa serta merta

Sebelum ini, Norza telah memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya secara rasmi pada 24 Ogos, selepas Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.

Tarikh tersebut dipilih untuk memberi tumpuan kepada tugas beliau sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

Selain melepaskan jawatan sebagai Presiden BAM, Norza juga menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), namun akan dilakukan selepas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

BACa: 2 lelaki berputih mata, tak sempat seludup 200 kotak minyak masak bernilai RM62,700