Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpendapat Kuala Lumpur (KL) wajar dipindahkan ke lokasi baharu yang tidak berada di lembah
Dan jauh dari ancaman banjir serta tanah jerlus. Secara sinikal, beliau juga mencadangkan nama KL ditukar kepada `Tanpa Lumpur’ (TL).
Menurutnya, langkah memindahkan ibu kota sudah dilakukan oleh Indonesia dengan memindahkan ibu kota dari Jakarta ke Kalimantan kerana ancaman gempa bumi.
“Tidak lama lagi kita akan ketinggalan jauh berbanding Indonesia. Mereka telah mempunyai ibu kota baru, Nusantara.
Jakarta telah dipindahkan ke Kalimantan yang jauh dari ancaman gempa bumi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit menerusi catatan di laman sosial Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Puad turut mempersoalkan ketidakhadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa untuk meninjau
kawasan bencana tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India. Menurut beliau, Dr. Zaliha sepatutnya menjadi individu pertama yang turun ke lokasi kejadian memandangkan Jalan Masjid India adalah lokasi pelancongan, dan mangsa dalam kes tersebut juga adalah pelancong.
“Ia bukan sahaja menjejaskan imej KL di peringkat antarabangsa, tetapi juga menjejaskan perniagaan di situ. Menteri Wilayah sepatutnya menjadi orang pertama yang datang,” tulisnya.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa Dr. Zaliha telah meninjau kawasan terbabit dan memberikan kenyataan sebelum ini. Dalam masa yang sama,
Puad juga mempersoalkan langkah penyelesaian yang telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut termasuk kejadian banjir kilat seperti yang berlaku di Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru-baru ini.
“Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia. Ia terletak di kawasan lembah dan kerap mengalami banjir seperti di WTC. Apa penyelesaian yang ada? Adakah pemeriksaan profesional berkala terhadap struktur tanah dan bangunan?” soalnya.
Memasuki hari ketiga hari ini, seorang wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di kawasan Masjid India pada Jumaat lalu masih belum ditemui.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, operasi pencarian kini ditumpukan di lima ruang kumbahan dalam lingkungan dua kilometer kawasan radius pencarian.
BACA: Nampak pendiam tapi tak sangka! Rupanya suami Ain Edruce bekas ‘Mat Rempit