Rupanya pluto tidak lagi dianggap sebagai planet ini sebabnya-DMA

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Sejak kecil, kita telah diperkenalkan dengan konsep ruang angkasa, terutamanya dalam mata pelajaran Sains

. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara mengenai angkasa atau cakerawala yang belum diterokai oleh para saintis.

Dalam sistem suria, Matahari merupakan pusat kepada semua planet yang mengorbitnya pada jarak dan tempoh tertentu.

Terdapat sembilan planet dalam sistem solar yang terdiri daripada Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.

Pluto Tidak Lagi Dianggap Sebagai Planet

Rupanya pluto tidak lagi dianggap sebagai planet ini sebabnya

Namun, ramai yang masih menganggap terdapat sembilan planet, sedangkan Pluto tidak lagi diiktiraf sebagai sebuah planet. Kini, bilangan planet dalam sistem solar adalah lapan. Untuk memahami mengapa perkara ini berlaku, ikuti penjelasan berikut.

Mengapa Pluto Tidak Diiktiraf Sebagai Planet?

Menurut Jabatan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Pluto kini dikategorikan sebagai “planet kerdil”. Pada tahun 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mengumumkan bahawa Pluto tidak lagi diiktiraf sebagai planet kesembilan.

Menurut IAU, Pluto hanya diklasifikasikan sebagai planet kerdil kerana ia tidak memenuhi kriteria sebuah planet, yang termasuklah objek yang cukup besar untuk mengorbit Matahari, berbentuk bulat (sfera), dan dapat membersihkan serpihan atau objek berdekatan. Pluto hanya memenuhi ciri berbentuk sfera, menjadikannya tidak layak sebagai planet.

Pada 14 Julai 2015, kapal angkasa New Horizons dari NASA telah membuat penerbangan bersejarah melalui sistem Pluto dan mengambil imej dari jarak dekat buat kali pertama. Data yang diperoleh daripada kajian ini telah mengubah pemahaman dunia tentang misteri yang terdapat di sempadan sistem suria.

Pluto: Planet Kerdil di Kuiper Belt

Ketua Penyelidik New Horizons, Alan Stern dari Institut Penyelidikan Barat Daya Boulder, Colorado, berkata pasukannya telah bekerja selama 15 tahun untuk melaksanakan misi ini. “Kami tidak dapat meneroka planet yang lebih menarik atau penting secara saintifik di pinggir sistem suria kita,” katanya. Pluto kini dikenali sebagai planet kerdil yang terletak di Kuiper Belt, jauh dari sistem suria kita.

Sejarah Penemuan Pluto

Pada tahun 1906, Percival Lowell, seorang penduduk kaya dari Boston, mengasaskan Balai Cerap Lowell di Flagstaff, Arizona, dan memulakan usaha untuk mencari planet kesembilan yang dipanggil “Planet X”. Menjelang tahun 1909, ahli astronomi Clyde W. Tombaugh, bersama rakannya William H. Pickering, mencadangkan beberapa koordinat angkasa untuk Planet X tetapi gagal sehingga kematian Percival pada tahun 1916.

Namun, balai cerap itu telah menangkap dua imej Pluto secara samar. Terdapat 16 pra-penemuan yang dibuat, termasuk oleh Balai Cerap Yerkes pada 20 Ogos 1909. Penemuan planet kesembilan itu dihentikan sehingga tahun 1929, apabila Clyde Tombaugh (ketika itu berusia 23 tahun) mengambil alih tugas tersebut.

Pluto pertama kali ditemui pada 18 Februari 1930 di Balai Cerap Lowell oleh Clyde Tombaugh dan William H. Pickering. Berita penemuan ini disebarkan ke Balai Cerap Kolej Harvard pada 13 Mac 1930 dan menjadi topik hangat dunia pada masa itu.

Lebih daripada 1,000 cadangan nama diterima dari seluruh dunia. Planet tersebut akhirnya dinamakan Pluto berkat cadangan Venetia Burney, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Oxford, England. Venetia mendapat inspirasi nama tersebut semasa berbual dengan datuknya, Falconer Madan, seorang bekas pustakawan di Perpustakaan Bodleian Universiti Oxford. Cadangan tersebut dihantar kepada Profesor Herbert Hall Turner yang kemudian menghantarnya ke Amerika Syarikat. Pluto secara rasmi dinamakan pada tahun 1930 dan diumumkan pada 1 Mei 1930. Venetia menerima ganjaran sebanyak RM26.51 (£5) atas cadangannya.

10 Fakta Menarik Tentang Pluto

Menurut NASA, berikut adalah 10 fakta menarik mengenai Pluto:

Dunia (Planet) Kecil

Pluto adalah sebuah bintang kecil dengan lebar kira-kira 2,380 kilometer (1,400 batu). Saiz ini hanya separuh daripada lebar Amerika Syarikat atau dua pertiga lebar bulan.

Jarak Yang Jauh

Jarak antara Pluto dan Matahari adalah kira-kira 5.8 bilion kilometer (3.6 bilion batu), sekitar 40 kali lebih jauh daripada jarak Bumi ke Matahari. Pluto terletak di rantau Kuiper Belt.

Mengambil Waktu Yang Lama

Setahun di Pluto bersamaan 248 tahun di Bumi, manakala sehari di Pluto bersamaan 153 jam atau enam hari di Bumi kerana orbitnya yang sangat besar.

Kecil Dari Segi Saiz & Tidak Penting

Dengan saiz yang kecil dan tidak membawa kepentingan besar, Pluto dikategorikan sebagai planet kerdil atau dwarf planet.

Jerebu

Pluto mempunyai atmosfera yang nipis terdiri daripada nitrogen, gas metana, dan karbon monoksida. Atmosferanya berwarna biru dan mempunyai lapisan jerebu yang berbeza.

Tarian Bulan

Pluto mempunyai lima bulan, dengan bulan terbesar dikenali sebagai Charon. Kedua-duanya mempunyai saiz yang hampir sama dan kelihatan seperti dua planet yang mengorbit antara satu sama lain.

Tiada Gegelung (Cincin)

Pluto tidak mempunyai sistem gegelung atau cincin.

Capaian (Sole Encounter)

Kapal angkasa New Horizons NASA adalah satu-satunya kapal angkasa yang pernah melalui berhampiran Pluto pada tahun 2015.

Persekitaran Yang Ekstrem

Cuaca di Pluto sangat ekstrem dengan suhu permukaan yang sejuk, mencecah -228 hingga -238 darjah Celsius (-378 hingga -396 darjah Fahrenheit). Suhu ini menjadikannya sukar untuk sebarang hidupan bertahan di sana.

Cadangan Dari Kanak-Kanak

Pada tahun 1930, Venetia Burney, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, mencadangkan nama “Pluto” untuk planet tersebut.

BACA: Rumah paling mahal di dunia dijual RM2.2 billion, masih belum ada jutawan yang sanggup beli