Mahkamah tinggi Shah Alam jatuhkan hukuman seumur hidup dan sebatan kepada Yasin

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan terhadap penyanyi nasyid dan komposer,

Muhammad Yasin Sulaiman, setelah beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya dua tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin, yang sebelum ini telah melepas dan membebaskan Yasin.

Yasin, yang berusia 48 tahun dan juga dikenali sebagai Muhammad Yasin Sulaiman, sebelum ini telah ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, untuk tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Mahkamah tinggi Shah Alam jatuhkan hukuman seumur hidup dan sebatan kepada Yasin

Beliau kini telah digari oleh pihak polis dan dibawa terus ke Penjara Kajang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala Yasin diwakili oleh peguam Ariff Azami Hussein.

Menurut pertuduhan pertama, Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Pertuduhan ini mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan, hukuman boleh mencapai penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, serta sebatan tidak kurang 10 kali.

Pertuduhan kedua melibatkan Yasin yang didakwa menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah pada masa dan tempat yang sama. Pertuduhan ini mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, hukuman termasuk penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali.

Pertuduhan ketiga menyebut bahawa Yasin memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya

pada jam 11.05 malam pada tarikh yang sama. Kesalahan ini mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dengan hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

BACA: