Lelaki disambut meriah keluarga, dijumpai selepas 25 tahun ‘menghilangkan diri’

Oleh INFORAKYAT

Seorang lelaki berusia 38 tahun akhirnya pulang ke pangkuan ibunya selepas 25 tahun menghilang.

Kepulangan lelaki ini disambut dengan meriah oleh keluarga dan penduduk kampung.

Selama 25 tahun hilang tanpa khabar berita, ibunya hampir pengsan apabila melihat kepulangan anaknya yang disangka telah meninggal dunia.

Berita mengenai kejadian ini yang berlaku di Desa Sidowayah, Klaten telah tular di media sosial sejak hari ini.

Menurut laporan, ketika lelaki itu masih di bangku sekolah, tidak ada tanda-tanda yang mencurigakan apabila ibubapanya memberitahunya tentang sunat.

Lelaki 25 tahun lari dari rumah tak balik-balik rupanya takut kena sunat

Dia hanya mengangguk sambil bermain-main dengan mainan kereta.

Namun, pada hari berkhatan, lelaki itu tiba-tiba terketar-ketar dan menjerit tidak mahu disunat sebelum melarikan diri dari rumah.

Dia hanya pulang ke rumah ibubapanya setelah 25 tahun menghilang.

Keluarganya menganggap lelaki tersebut sudah meninggal dunia kerana tiada sebarang khabar berita tentangnya selepas dia meninggalkan rumah.

BACA:
“Aku tertidur petang, bapa mertua curi-curi masuk bilik aku, tak sangka ini yang dia cuba lakukan dekat aku”
‘Aku hempas pintu sekuat hati, aku naik tangan dekat muka suami, aku tendang dia tapi dia..’
‘Terkejut aku bila bakal adik ipar cakap teringin nak makan KFC, bila aku ziarah bakal mak mertua baru aku tahu sebabnya’