“Aku tertidur petang, bapa mertua curi-curi masuk bilik aku, tak sangka ini yang dia cuba lakukan dekat aku”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tak tahu nak mula dari mana. Saya dan suami dah berkahwin hampir 9 tahun.Semuanya indah baik baik sahaja, baik dengan family saya dan mertua.

Kami semua rapat mesra, mak dan ayah mertua layan saya seperti anak sendiri Sungguh indah bahagia.

Namun harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kisahnya bermula bila saya dan suami membawa ayah dan ibu mertua ke rumah.

Semuanya baik baik sahaja awalnya. Selepas itu kami membawa mereka ke negeri di selatan tanah air, ke rumah biras.

Di sana lah terjadinya titik hitam dalam hidup saya. Ketika itu saya tidur bersama anak sekitar 6 petang.

“Aku tertidur petang, bapa mertua curi-curi masuk bilik aku, tak sangka ini yang dia cuba lakukan dekat aku”

Tiba tiba ayah mertua masuk mencium pipi saya dan memelok saya yang tengah tidur. Saya yang masih mamai terkejut terus bangun menolaknya.

Dia yang terkejut, senyum dan terus keluar seperti tiada apa apa. Demi Allah saya tidak menyangka ayah mertua yang nampak alim, berkopiah baik yang saya anggap macam ayah saya sanggup buat macam tu.

Kemudian saya bangun kejut anak dan bila saya keluar, ada ibu mertua dan ipar di ruang tamu. Berani nya dengan orang ramai begitu di hadapan pintu bilik dia cuba ambil kesempatan.

Saya tidak berani untuk menceritakan perkara tersebut kepada ibu mertua. Kerana ibu mertua ada penyakit serangan jantong mengejut, drah tinggi dan kencing manis.

Berkemungkinan ibu mertua akan kena serangan jantung mengejut dan boleh m4ti. Saya terus call suami dan meminta suami terus balik ke rumah ipar dengan segera. Suami dan adiknya keluar dari tengah hari (ada kerja).

Sejurus pulang suami macam tak percaya dan banyak mendiamkan diri. Dia hendak marah tapi takut ibunya dapat tahu dan terkejut.

Malam tu ayah dan ibu nya pulang ke rumah mereka.. iaitu di negeri yang lain. Saya dan suami masih bersalam dengan ayah mertua kerana tak nak orang curiga. Esoknya saya dan suami pulang ke rumah kami yang juga di negeri lain dan agak jauh.

Saya berpakaian baju lengan panjang dan seluar panjang. Saya tidak tahu kenapa saya boleh jadi mngsa. Kalau la saya tidak tidur dan mamai masa tu saya pasti akan melawan menumbuk ke menendang bapa mertua.

Suami minta saya lupakan.. dan mohon maaf.. dia kata tidak perlu balik ke kampung sehingga saya betul betul ok. Dia pon nampak marah ayahnya tetapi di tahan sebab memikirkan ibunya.

Saya trauma.. tiap tiap malam nak tidur saya teringat ingat ayah mertua datang ciom dan peluk. Saya rasa takut dan jijiik. Tolong bagi kata kata semangat untuk saya.. supaya saya ok dan ceria semula.. Saya takut saya kemurongan.

Andai satu hari nanti saya perlu berhadapan dengan si tua kutuk tu apa yang patut saya lakukan supaya beliau tidak berani ulangi. Terima kasih dia atas maklum balas dan semua pembaca. Doakan saya kuat dan dapat melupakan.

Saya percaya Allah uji saya sebab sayang saya. Saya cuba kuat walau hati saya kecewa dan sakit..

P/s : Minta kata kata semangat untuk ubati mental dan hati saya..

Antara Reaksi Reaksi Warganet.

Khadijah Mohamad – Kalau balik kampung, nak tidur kunci pintu bilik. Suami kena sentiasa ada bersama puan jika berada dikampung suami. Jangan sesekali tinggalkan puan bersendirian

Mandi sila siap siap berbaju dalam bilik air, pakai pakaian lebih menutup aurat, jangan ada bonjol sana sini nampak ponggong dan bahagian hadapan, jangan pakai pakaian menarik perhatian.

Pakai pakaian gelap gelap sahaja.

Asma Hassan – Bagi saya, puan dan suami ajak ayh mentua jumpa secara bertiga tanpa pengetahuan ibu. Suami puan mesti bersuara dan Ayah mentua perlu tahu yang suami puan tahu berkenaan hal itu.

Bagi amaran keras dan ceritakan akibat perbuatan itu dengan terperinci pada bapa mentua. Kalau puan dan suami tiada tindakan, kejadian ini pasti berulang.

Moga dipermudahkan urusan puan.

Norwahida Mukhti – Jangan pergi ke rumah bapa mertua, jangan bawa anak anak pergi rumah bapa mertua dan jangan jemput bapa mertua datang rumah sampai dia m4ti.

Suami kena confront dengan bapa mertua, tak boleh cakap untuk lupakan. Kena beritahu mak mertua. Suami sepatutnya melindungi isteri, bukan buat bodo jer.

Kalau suami tak lindungi puan, puan kena lindungi diri sendiri dan anak anak. Buat report p0lis, kalau tak guna sekarang pon untuk kegunaan masa depan.

Najah Mazni Ishak – Hati hati puan.. Takut sangat bila predator tu adalah dalam rumah sendiri/kalangan ahli keluarga atau orang terdekat. Sedangkan itulah tempat dan orang yang kita harap paling selamat.

Bukan nak takutkan, tapi orang macam ni selalunya bila sekali dia buat dan terlepas, dia akan SEMAKIN berani dan melampau selagi tak tertangkap. Orang macam ni, dengan cucu tak kira cucu laki atau perempuan pun dia boleh main sodok je.

Banyak dah kes kita baca kat newspaper pasal ni dan sedihnya kebanyakannya dalam kalangan orang Melayu Islam kita sendiri. Kalau tak ada kekuatan nak report lagi, sekurang kurangnya tak payah balik kampung la ke puan.

Anak anak pun tak boleh dibiar mendekat.Buat sementara ni, kalau masih belum amalkan, cuba banyak banyakkan amal surah al-fatihah, ayat kursi, doa keluar rumah, mengucap 2 kalimah syahadah dan 4 qul masa tengah bersiap-siap sebelum keluar rumah.

Edit tambahan: Saya tau, bukan senang nak ada kekuatan ambil tindakan report. Nak nak pulak “dahan”(suami) yang kita harap kuat untuk kita bergantung harap dan berpaut pun tak begitu menyebelahi kita.

Kalau tak nak report lagi, pastikan puan catat kat mana mana dulu segala detail yang puan ingat. Kronologi kejadian, tarikh, masa, hari, tempat, siapa ada dalam rumah, baju apa puan dan predator pakai.

Everything walaupun sekecil kecil benda yang puan rasa macam tak penting. Catat je supaya boleh ingat dan konsisten cerita puan nanti bila puan nak buat report/cover report.

Dan untuk puan sendiri, get help. Cari saluran untuk puan meluah. Kalau malu, boleh telefon talian bantuan macam talian Nur, Befriender atau mana mana sukarelawan contohnya Syed Azmi, atau apa apa yang boleh asalkan puan boleh luah dan ada yang sudi mendengar.

Naura Medina – Terfikir juga, takkan diluar bilik ada mak mertua dengan ipar dia berani masuk. Awak tidur mamai mamai antara asar dengan maghrib. Time tu memang dilarang tidur, syaiitan tengahh kuat nak ganggu.

Elok bincang dengan mak mertua dan suami skli. Takut itu belaan.atau itu sengaja nak bagi fitnah pada orang orang agama. Saya dah lalui (bukan kes macam ni). Last dapat tahu tu bukan angkara orang agama tu.

Tapi syaiitan yang memang anti dengan orang agama. Menyerupai, menyamar. Tapi tetap kena. Hati hati. Sebab kadang kadang nampak baik bukan dari pakaian dia semata mata

BACA: Tak puas hati kekuatan passport Malaysia ditangga ke-11, Indonesia lancar wajah baharu seakan-akan passport Malaysia?