Tuan Ibrahim sokong siasat kenyataan Muhyiddin

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Pahang menyokong titah Tengku Mahkota Pahang,

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang meminta siasatan dijalankan berhubung ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa ADUN dan PN Pahang

menzahirkan taat setia kepada baginda Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Tengku Mahkota.

“Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan tugas mereka, dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim sokong siasat kenyataan Muhyiddin

Sebelum ini, Tengku Mahkota Pahang bertitah bahawa sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat, seolah-olah Al-Sultan Abdullah tidak berlaku adil semasa pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama, dan kaum).

Sebelum ini, ucapan Muhyiddin yang tular di media sosial didakwa menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16, semasa ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri di Felda Perasu pada 15 Ogos lalu.

BACA: Pekerja pembersihan jumpa wang tunai RM60k dalam rumah tinggal, akhirnya jiran buka kisah pasal arwah