Dari RM290,000 tinggal duit 56 sen je ‘dikebas’ anak

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang gadis berusia 13 tahun di China yang ketagih permainan mudah alih telah mencuri kad debit ibunya

Dan membelanjakan sebanyak 449,500 yuan (kira-kira RM290,000) dalam tempoh empat bulan untuk membeli permainan aplikasi.

Menurut laporan Asia News Network, ibu gadis tersebut, yang hanya dikenali sebagai Wang, menyedari kecurian itu

selepas menerima panggilan daripada guru sekolah menengah anak perempuannya.

Guru tersebut memaklumkan bahawa gadis itu menghabiskan banyak masa di telefon bimbit.

Dari RM290,000 tinggal duit 56 sen je 'dikebas' anak

Apa yang mengejutkan, Wang mendapati baki akaun banknya tinggal hanya 0.5 yuan (kira-kira RM0.30) akibat perbelanjaan tidak terkawal oleh anaknya, lapor media China Elephant News.

Dalam video tular yang disertakan bersama laporan berita itu, Wang, yang berasal dari wilayah Henan di tengah China, kelihatan menangis akibat terkejut melihat butiran transaksi.

Bapa gadis tersebut bertanya kepada anaknya, dan gadis itu mengaku telah membelanjakan 120,000 yuan (kira-kira RM77,633) untuk permainan, 210,000 yuan (kira-kira RM135,866) untuk pembelian dalam permainan, dan 100,000 yuan (kira-kira RM64,691) lagi untuk membeli permainan bagi sekurang-kurangnya 10 rakan sekelasnya.

Gadis dalam video itu berkata, dia enggan membayar untuk rakan sekelasnya tetapi akhirnya mengalah apabila mereka terus mengganggunya.

“Saya tidak berani memberitahu guru saya kerana dia akan memberitahu ibu bapa saya mengenai apa yang berlaku dan mereka akan marah,” tambahnya.

Dia mengakui tidak memahami berapa banyak wang dalam kad debit tersebut, atau bahawa wang itu adalah hasil titik peluh ibu bapanya.

Dia tahu kata laluan kad itu kerana ibunya memberikannya untuk kegunaan kecemasan apabila tiada sesiapa di rumah.

Wang berkata, anak perempuannya telah memadam semua rekod transaksi pada telefon bimbitnya, jadi dia tidak menyedari apa yang berlaku sehingga menerima panggilan daripada guru.

BACA: ‘Suami datang ke bahagian kecemasan semata-mata nak cakap aku ni menyusahkan dan membebankan kerana benda kecil ini’