Tak puas hati kekuatan passport Malaysia ditangga ke-11, Indonesia lancar wajah baharu seakan-akan passport Malaysia?

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Republik Indonesia baru-baru ini telah memperkenalkan rekaan terbaharu untuk pasport negara mereka,

Dengan tujuan meningkatkan ciri keselamatan dan mencerminkan unsur budaya negara.

Reka bentuk pasport baharu ini menampilkan warna kebangsaan merah dan putih, menggantikan warna hijau kebiruan yang digunakan sejak 2014.

Antara ciri keselamatan canggih yang disertakan termasuk kulit tahan panas, serta halaman pasport yang memaparkan corak fabrik tradisional yang menonjolkan elemen budaya Indonesia.

Walaupun inisiatif ini bertujuan untuk memperbaiki pandangan dunia terhadap Indonesia, berita ini nampaknya tidak disambut baik oleh rakyatnya sendiri.

Tak puas hati kekuatan passport Malaysia ditangga ke-11, Indonesia lancar wajah baharu seakan-akan passport Malaysia?

Mereka tidak terlalu mempedulikan pengenalan ciri-ciri canggih tersebut selagi kekuatan pasport tidak berubah.

Pada masa ini, pasport Indonesia berada di tangga ke-56 daripada 227 negara lain dan hanya mempunyai akses bebas visa ke 39 destinasi.

Sebaliknya, pasport Malaysia masih kukuh di tangga ke-11 di peringkat global, membolehkan rakyat Malaysia memasuki 166 negara tanpa perlu memohon visa. Ini termasuk negara-negara utama seperti Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Itali, United Kingdom, Jepun, Kanada, dan Amerika Syarikat.

Kelebihan ini menjadikan pasport Malaysia sebagai pilihan yang dihargai bagi pelancong dan profesional yang sering bergerak di peringkat antarabangsa.

Kekuatan pasport Malaysia merupakan sesuatu yang diidamkan oleh netizen Indonesia, yang masih merasakan kekurangan kelebihan yang dinikmati oleh pasport yang lebih kuat seperti Malaysia, terutamanya dalam pelbagai aspek ketika berada di negara luar.

Selain itu, netizen Indonesia kurang gemar dengan pemilihan warna merah pada rekaan kali ini kerana dianggap mirip dengan pasport Malaysia dan Singapura.

Mereka berpendapat bahawa kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada peningkatan stabiliti ekonomi dan politik, bekerjasama dengan badan antarabangsa, serta menjalin diplomasi dengan negara lain untuk memperkukuhkan lagi kekuatan pasport mereka.

BACA: Cerita Mamat Sepah semua betul, dedah pemilik Raja Lawak