‘Tak bantu salah, dibantu pun salah’ Fedtri Yahya jelaskan maksud misi bawa rakyat Palestin masuk Malaysia

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Semua sedia maklum bahawa Malaysia telah menjadi negara pertama di Asia yang melaksanakan misi kemanusiaan

untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke negara ini bagi mendapatkan rawatan.

Seramai 127 pesakit Palestin bersama ahli keluarga mereka tiba di Malaysia pada pukul 2.15 petang menggunakan

Dua pesawat A-400M TUDM. Ketibaan mereka turut disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Bernama, duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr, menjelaskan bahawa pemilihan warga Palestin untuk mendapatkan rawatan

'Tak bantu salah, dibantu pun salah' Fedtri Yahya jelaskan maksud misi bawa rakyat Palestin masuk Malaysia

di Malaysia dilakukan atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi setelah menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, tindakan ini telah mendapat beberapa komen negatif daripada netizen.

Ada yang mendakwa bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan rawatan di hospital dan mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos rawatan untuk warga Palestin tersebut.

Ada juga yang berpendapat bahawa sukarelawan Malaysia seharusnya dihantar ke Palestin untuk memberikan rawatan.

Komen-komen tersebut telah menarik perhatian personaliti dan pengacara Fedtri Yahya.

Dalam hantaran di Instagramnya, Fedtri memberikan penjelasan mengenai isu ini dan menjelaskan kepada netizen tentang rawatan yang diterima oleh warga Palestin.

Menurut Fedtri, isu Palestin bukan sekadar misi kemanusiaan semata-mata tetapi juga berkaitan dengan aqidah dan tauhid.

Beliau menggesa agar mengabaikan komen negatif dan menekankan bahawa tahap kehancuran dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin jauh lebih teruk. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu memiliki ilmu, empati, kefahaman, dan wawasan ummah dalam menghadapi isu ini.

BACA: Cerita Mamat Sepah semua betul, dedah pemilik Raja Lawak