Cerita Mamat Sepah semua betul, dedah pemilik Raja Lawak

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Sebelum ini, Mamat Sepah menerima banyak kecaman selepas dituduh mereka cerita.

Semua ini bermula daripada satu status di Instagram oleh Jep Sepahtu yang menyebut terdapat panel dalam podcast yang suka menunggang namanya dan menambah cerita.

Jep tidak menyebut secara spesifik podcast yang dimaksudkan oleh Mamat dan Shuib, namun peminat mula membuat spekulas

i bahawa tuduhan itu ditujukan kepada Mamat yang berkongsi semula cerita mengenai penubuhan Sepah.

Dalam ceritanya, Mamat menyatakan bahawa kumpulan Sepah telah disingkirkan semasa sesi uji bakat.

Cerita Mamat Sepah semua betul, dedah pemilik Raja Lawak

Kemudian Mamat menceritakan: “Owner [penerbit] Raja Lawak dan penerbit rancangan, Farid, meminta nombor telefon saya.

“Pada masa itu, saya sudah tidak berminat kerana telah dikatakan tidak layak. Michael datang dan mendakwa dirinya sebagai pemilik Raja Lawak.

“Keesokan harinya, Michael Simon menghubungi saya. Dia mengatakan dia adalah Michael Simon yang bertemu saya semalam, dia adalah pemilik Raja Lawak. Kamu [bertiga] boleh datang atau tidak?”

Dari situlah Sepah melayakkan diri ke pentas pertandingan Raja Lawak.

Michael Simon sendiri telah mengesahkan bahawa cerita Mamat itu adalah benar. Menurutnya, dia dapat melihat bakat dalam kumpulan Sepah walaupun juri tidak memberikan tiket layak kepada mereka.

Michael Simon merupakan CEO Homegrown Productions, sebuah syarikat penerbitan yang banyak menerbitkan rancangan realiti popular termasuk Raja Lawak, Maharajalawak, Maharajalawak Mega, Malaysian Idol, One In A Million S1, Sinaran Pasport, Senario, Juara Lagu dan banyak lagi.

Michael Simon adalah orang yang mencetuskan idea untuk mencari bakat lain selain nyanyian. Dari situlah timbul idea untuk menerbitkan Raja Lawak.

Michael Simon mengakui bahawa pada ketika itu Sepah telah disingkirkan oleh juri semasa sesi ujibakat awal.

@inspirasiunifitv Antara orang yang mainkan peranan penting dalam kerjaya seni pelawak-pelawak tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Nabil Ahmad, Allahyarham Yus, Tauke, Shuk Sahar, kumpulan Sepahtu & ramai lagi. Ada yang tanya, siapa yang cipta rancangan Raja Lawak, Maharaja Lawak & Maharaja Lawak Mega? Ini lah orangnya, Michael Simon. Kita dengar sikit cerita dari Michael Simon ketika kumpulan Sepah di rancangan realiti Raja Lawak. Mungkin juri atau orang lain tak nampak bakat @jepsepahtu , @shuibsepahtu & @mamatsepah , tapi alhamdulillah rezeki mereka bila boss besar Raja Lawak nampak bakat mereka ketika itu. Apa pun, kita doa yang terbaik buat mereka ya. Rindu dengan lawak Sepah! 🧡 #InspirasiUnifiTV #Sepah #sepahtureunion #sepahtu #rajalawak #maharajalawakmega ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

“Namun, pada pandangan saya, mereka berbakat. Jadi, sebagai pihak penerbitan, saya mendesak agar mereka dimasukkan. Kita mahu mencari bakat yang ‘raw’ dan terpendam.

“Selepas saya melihat mereka pada sesi ujibakat, saya memang melihat bakat mereka dan saya beritahu mereka, mereka memang bagus. Tetapi tidak ke mana.

“Pada awalnya, mereka tidak layak, tetapi ketika dalam proses senarai akhir, saya berusaha sedaya upaya untuk memasukkan mereka. Sebab mereka memang berbakat dan lihatlah sendiri, mereka akhirnya menang,” tegasnya lagi.

Michael Simon menyatakan bahawa pada awalnya mereka agak hambar tetapi mereka meningkat setiap minggu dan akhirnya menjadi salah satu kumpulan lawak yang popular.

Akhir sekali, Michael Simon mengakui bahawa dia terkilan melihat kumpulan Sepah berpecah. Dia berharap apabila masing-masing sudah merendahkan ego mereka pada suatu hari nanti, Sepah akan bergabung kembali.

Netizen gembira mendengar pengesahan Michael Simon mengenai cerita yang dikongsi oleh Mamat. Ada yang menyatakan: “Memang akan ada kawan baik kita yang akan ingat semua kisah kita bersama mereka.”

Yang lain berkata: “Tuan Michael Simon, saya kenal nama kamu daripada Mamat, walaupun saya sejak kecil hidup dengan program hiburan terbitan kamu.”

BACA: Gara-gara liat bayar hutang, anak berbalas tembakan dengan bapa