Penjawat awam dalam kumpulan pelaksana, pengurusan, dan profesional akan menerima kenaikan gaji sebanyak 15 peratus.
Kenaikan ini akan dilaksanakan secara bertahap, dengan lapan peratus diberikan pada bulan Disember tahun ini
Dan baki tujuh peratus pada Januari 2026.
Dagi kumpulan pengurusan tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus akan diperkenalkan,
dengan empat peratus diberikan pada Disember ini dan tiga peratus lagi pada tahun 2026.
Keputusan mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini diumumkan oleh
Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) di Putrajaya, pagi ini.
BACA: Wanita ‘tak pernah salah’ terhantuk tiang kereta api Thailand