‘Masa nak balik rumah, mak mertua selit duit masa salam, patutnya kami yang bagi duit pada dia, patutlah macam pelik, rupanya..’

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Beberapa hari yang lalu berlaku sedikit salah faham kami suami isteri. Sedikit latar belakang saya, saya dan suami baru berkahwin setahun lebih.

Saya kenal dengan dia melalui orang tengah. 3 bulan kenal, terus bertunang. 4 bulan lepas tu terus nikah.

Alhamdulillah urusan nikah semua dipermudahkan. Kami baru sahaja dikurniakan cahaya mata.

Mak dan ayah mertua kerja kerajaan pangkat biasa ja. Duduk di kampung dengan kehidupan yang sangat sederhana dan pandai menyimpan.

Masa kami nak nikah, hantaran kahwin kami setuju 8k sebab ikut cara arw4h ayah “ikut mana yang mampu”.

'Masa nak balik rumah, mak mertua selit duit masa salam, patutnya kami yang bagi duit pada dia, patutlah macam pelik, rupanya..'

Bincang dengan suami (bakal suamilah masa tu), setuju 8k. Tapi lepas akad nikah tu mak mertua hulur 2k pada mak saya untuk cukupkan 10k.

Sebab asalnya mak mertua kata bagi 10k lah. Tapi suami saya kata dia cuma mampu 8k ja. Dia siap kata kat mak dia, kalau mak nak bagi lebih, mak bagi sendiri. Dia nak bagi takat mana dia mampu ja. Itu yang mak mertua saya serah sendiri pada mak saya. Duit tu mak saya guna untuk bayar katering kenduri.

Lepas dalam sebulan kawin, ada kami balik rumah mertua. Lepas sarapan, mak mertua panggil saya. Dia kata “cuba pakai gelang ni. Muat tak? “. Saya tek3jut dan segan sangat. Mak mertua hadiahkan gelang tangan. Sampai saya kata “mak, segan saya. Gelang mak pun tak besar macam ni, “.

Gelang kami sama cuma mak punya halus je. Saya punya tu tebal sikit. Saya masuk bilik, sambil tunjuk dekat suami gelang mak mertua bagi. Suami kata memang mak ada suruh belikan saya gelang. Tapi suami tak mampu beli.

Masa nak gerak balik rumah, mak mertua selit duit sikit masa salam. Mak bagi duit belanja. Segan lagi sekali. Patutnya kami sebagai anak yang sua duit pada mak. Saya bisik dekat suami “saya rasa mak lagi sayang saya dari awak lah”. Saja nak usik suami. Dia gelak ja.

Masa saya baru bersalin, masa tu tengah tengah bulan. Jadi saya faham keadaan kewangan suami. Tapi masa tu suami kata “Nak beli apa – apa bagitau ja”. Saya pelik sebab bunyi macam tengah banyak duit tapi saya diamkan ja haha.

Tapi lepas tu dia kata nak beli aircond. Saya jadi lagi pelik. Saya syak mak atau ayah mertua ada bagi duit. Dan ya, ada mak dan ayah mertua bagi sedikit duit untuk beli apa – apa yang perlu. Suami ada beli aircond secondhand.

Bila ayah mertua tau, dia kata kenapa tak beli yang baru ja? Abah sponsor lah nanti. Kami anggap rezeki anak. Baru terasa sejuk duduk kat rumah tu haha. Anak kami ni pulak kira cucu sulung dalam keluarga beIah suami.

Setiap kali balik kampung, mesti ada opah dia belikan baju baru, bantal, buai pun ada. Dekat rumah kami pun ada satu buai ayah mertua bagi duit suruh belikan cucu dia buai. Huhu. Kami beli juga walaupun jarang guna sebab si kecik ni elok ja tidur di mana – mana.

Baru – baru ni bila balik rumah mertua, bukan baju anak je yang ada, satu set baju, tudung dan seluar baru untuk saya pun mertua belikan. Pernah suami masuk bilik, tiba – tiba tanya saya “selipar awak dah putus ke? ” Saya pelik kenapa tiba – tiba tanya pasal selipar?

Rupanya mak mertua nampak selipar saya macam dah buruk dan suruh suami belikan saya selipar baru. Huhu. (padahal saya okay ja lagi pakai selipar tu. Silap saya tak cuci ja kot ada kotor sikit – sikit). Banyak lagi perkara yang mertua saya buat.

Mak dan ayah mertua saya baik sangat. Saya bersyukur alhamdulillah. Saya rasa mak dan ayah mertua cuba untuk tampung mana yang suami saya tak mampu. Tapi bagi saya semuanya lengkap ja. Suami saya mampu ja tampung keluarga kecik kami walaupun tak mewah mana.

Mertua siap nak sponsor kalau saya nak sambung belajar. Mertua saya ada belikan kereta untuk suami tapi suami tak nak guna. Suami nak guna kereta saya juga walaupun perlu bayar bulan – bulan. Kereta saya ni lah punca salah faham kami.

Saya merajuk sekejap tapi suami datang pujuk dan kami masing – masing meluah apa yang ada dalam hati. Rupanya, suami agak segan jugak bila mak dan ayah dia hulur duit, belikan kereta dan belikan macam – macam. Kalau ikutkan, banyak yang mak dan ayah dia nak bayar.

Kereta saya tu pun pernah ayah dia tanya “nak ayah bayarkan tak?”. Tapi dia tak nak. Dulu saya fikir kenapalah suami saya ni tak nak ambik ja apa yang mak dan ayah dia bagi. Kira itu rezeki dia lah. Tapi dia nak jugak bersusah payah.

Dia luahkan pada saya, dia tak nak semua tu sebab keluarga kecil kami ni adalah tanggung jawab dia. Dia sebolehnya taknak ada campur tangan orang lain hatta mak ayah kami. Selagi dia mampu, dia akan tanggung. Ayat dia, “saya dah kawen, sampai bila nak berg4ntung dengan mak ayah lagi. Saya pun nak hidup dengan usaha sendiri.”

Saya tak nafikan yang suami saya sangat pentingkan nafkah saya. Apa – apa yang saya teringin, dia akan belikan. Kalau tak mampu, adalah nanti dia ajak lain kali bila dah gaji. Saya ada kerja part time. Gaji tak banyak pun. Tak mampu nak bayar duit kereta tu bulan bulan.

Tapi saya tanya suami, nanti kita bayar separuh separuh ya duit kereta? Suami kata “Gaji awak tu untuk awak beli apa apa yang awak teringin. Kereta tu saya ja yang bayar.” Melompat dalam hati walaupun kesian jugak dekat suami.

Untuk pengetahuan, saya beli kereta sebelum kahwin. Masatu saya kerja dan memang bayar sendiri kereta tu. Tapi lepas kahwin, ada anak ni suami lagi suka saya duduk rumah jaga anak. Begitulah kisahnya, haha. Saya dulu cemburu dekat suami sebab mak ayah dia belikan kereta dah.

Tak payah fikir hutang. Rupanya ada juga yang tak suka bila mak ayah terlalu pemurah ni. Suami saya lagi suka hidup struggle. Dia cerita lepas spm dia kerja bawak lori, bawak grab mak ayah dia bising kenapa nak cari kerja susah – susah macam tu? Mak ayah boleh je bagi duit ni ha. Hahah.

Tapi apa pun, saya suka ja sebab suami saya jaga nafkah saya, mak dan ayah mertua pulak pemurah, hehe. Alhamdulillah. Mohon doakan yang keluarga kecil kami terus dimurahkan rezeki dan mak ayah mertua sentiasa sihat dan bahagia. – Musang King (Bukan nama sebenar)

Aspalila Hamzah : Alhamdulillah rezeki, mak ayah mana yang nak anak. Dia susah, mak ayah saya dulu pun macam tu masa kami mula – mula kawin.

Dia orang tau orang yang baru nak mulakan kehidupan berkeluarga memang perlu guna duit. Rezeki awak sekali lagi bila. Dapat suami yang tak lalai tanggungjawab. Ambik je la pemberian mak ayah mertua tu simpan kalau tak nak guna sekarang mana tau suatu hari kamu memerIukan.

Omma Zaumar Yusuf Afif : Patutla suami awak per4ngai macam tu. Tengok la per4ngai in-law macamane. Tahu tanggungjawab. Sekarang ni ramai lelaki taktahu tanggungjawab. Banyakkan bersyukur.

BACA: Dalam masa 10 hari, RM2.1 billion kiriman wang masuk ke Bangladesh, apa dah jadi?