Atlet angkat berat ‘kantoi’ sedut bahan terlarang, rupanya ramai taktahu fungsinya

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Aniq Kasdan, atlet angkat berat negara dikatakan ‘kantoi’ apabila menyedut barang terlarang

sebelum memulakan acara angkat beratnya di sukan Olimpik baru-baru ini.

Atlet tersebut yang menjadi tetamu di Hot FM juga disoal oleh beberapa orang deejay radio sebelum membalas jawapan itu dengan bersahaja.

“Yang sedut itu setahu saya gas ammonia.”

“Ammonia untuk macam kalau kita sedut, kita jadi fresh dan terus fokuslah.”

Atlet angkat berat ‘kantoi’ sedut bahan terlarang, rupanya ramai taktahu fungsinya

Aniq memberitahu dirinya menyedut gas ammonia untuk kekal fokus ketika sebelum bertanding.

Dia turut menegaskan ianya tidak menyalahi undang-undang asalkan bukan ‘doping’ iaitu penggunaan dadah terlarang dalam sukan.

Malahan, jurulatihnya juga kerap memberinya untuk dihidu supaya dapat kekal fokus jika berasa lembik dan lemau.

Sebelum ini, Aniq bertanding di Olimpik Paris yang berlangsung di South Paris Arena 6 dan menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan rekod kebangsaan baharu iaitu angkatan keseluruhan 297kg, 1kg mengatasi rekod kebangsaannya.

Baca juga: ‘Maaf Encik, kami tak terima’ Lelaki berang bank tak terima tabung duit syiling anak