Tak sangka! Rupanya basikat atlet Jepun lagi mahal dari Tesla Cybertruck

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sukan Olimpik telah pun berakhir. Kawah “nirapi” telah dipadamkan dan Tom Cruise telah melompat dari Stade de France serta dari kapal terbang dua hari lalu.

Walaupun temasya ini berakhir dengan jayanya, insiden pelumba basikal Jepun, Shinji Nakano, yang melanggar pelumba negara,

Muhammad Shah Firdaus Sahrom, semasa perlumbaan akhir acara keirin pada Ahad lalu, masih hangat diperkatakan.

Walaupun Shinji Nakano telah meminta maaf, insiden buli siber terhadapnya masih berlaku.

Kesalahan sebenar sebenarnya dilakukan oleh Muhammad Shah yang memasuki laluan Nakano.

Tak sangka! Rupanya basikat atlet Jepun lagi mahal dari Tesla Cybertruck

Ketika membaca berita mengenai insiden ini, saya tertarik dengan rekaan basikal yang digunakan oleh Nakano. T

ahukah anda bahawa basikal yang digunakan oleh kontinjen Jepun masing-masing lebih mahal daripada sebuah Tesla Cybertruck?

Basikal V-Izu TCM-2 yang digunakan dibuat oleh firma Toray daripada gentian karbon dan setiap satunya bernilai £108,000 (RM614,018). Ini lebih mahal daripada sebuah Tesla Cybertruck Cyberbeast yang dijual pada harga $119,990 (~RM 533,865).

Basikal WX-R Vorteq yang digunakan oleh Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Paris dilaporkan bernilai RM385,800 sebuah, sementara

pemenang pingat perak acara keirin dari Australia, Matthew Richardson, hanya menggunakan basikal “murahan” bernilai £47,000 (~RM 267,210).

Saya tidak dapat menemukan harga basikal yang digunakan oleh kontinjen Belanda yang meraih jumlah pingat emas tertinggi dalam acara basikal di trek Olimpik 2024.

Basikal Lumba Atlet Jepun Lebih Mahal Daripada Tesla Cybertruck – Amanz

Selain daripada struktur keseluruhan dan rim tayar yang diperbuat daripada gentian karbon, mekanisme kayuhan basikal V-Izu TCM-2 juga unik kerana diletakkan pada bahagian kiri atas untuk meningkatkan aerodinamik ketika dikayuh.

Pengajaran utama dari artikel ini ialah bahawa bukan harga basikal yang menentukan kejayaan, tetapi keringat dan usaha atlet yang menunggang

Diharapkan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan belajar dari pengalamannya di Paris 2024 dan berjaya meraih pingat di Los Angeles 2028 nanti.

BACA: ‘Aku diberi janji palsu, hanya untuk menutup kecewa seseorang yang aku gelarkan suria’