Lambakan warga asing di Malaysia menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat tempatan mengenai kemungkinan bahaya yang mungkin timbul.
Satu klip video CCTV yang tular menunjukkan seorang warga asing memecah masuk ke kawasan pekerja sebuah ruang kerja.
Dalam video tersebut, warga asing itu terlihat memecah masuk ke kawasan kerja dan terus meluru ke arah seorang pekerja wanita yang berada sendirian di situ.
Pekerja wanita tersebut cuba melarikan diri daripada lelaki warga asing tersebut.
Namun, ketika lelaki itu cuba melarikan diri, pekerja wanita mengejarnya dari belakang dan membaling sebuah objek ke arahnya.
Lelaki warga asing itu bertindak agresif dengan menyerang pekerja wanita yang telah terbaring di lantai sambil mempertahankan diri.
Menurut hantaran Facebook Tok Naga, pekerja wanita tersebut adalah penyelia sebuah kedai minum di Taman Sri Muda
. Dia dilaporkan telah ditikam sebanyak lapan kali dan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut.
Komen-komen netizen di media sosial menunjukkan ramai yang menggesa pihak berkuasa untuk segera menangkap pelaku.
Mereka juga meminta kerajaan untuk mengetatkan kemasukan warga asing yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam.
BACA: Ingat rekaan, tak sangka berlian dalam filem Titanic wujud, ini nilai sebenarnya sekarang