Assalamualaikum, saya perkenalkan diri saya sebagai Melur. Saya berusia 38 tahun dan telah berkahwin, mempunyai seorang cahaya mata.
Hidup saya baik – baik sahaja bersama suami dan anak. Saya nak meluahkan di sini.
Saya tak tahu di mana lagi saya nak meluah. Saya pula seorang introvert. Lagi la sukar saya nak bercerita atau meluahkan isi hati saya.
Walaupun saya bersuami tapi tak semua perkara saya mampu nak meluahkan pada suami saya.
Sejujurnya saya memiliki seorang lagi anak. Dia adalah anak tidak sah taraf. Anak tersebut telah saya serahkan kepada seseorang.
Saya kenal orang itu dan alhamdulillah mereka menjaga anak saya dengan baik. Anak saya kini telah berumur 18 tahun.
Saya ketika itu masih muda dan saya sedar ia merupakan kesilapan yang paling besar saya lakukan dalam hidup. Demi menjaga maruah keluarga dan menimbulkan perasaan negative orang terhadap saya. Ibubapa saya merahsiakan perkara ini kepada beberapa ahli keluarga kami termasuk beberapa adik beradik kami.
Hanya ibubapa dan kakak saya sahaja yang mengetahui. Abang ipar pun tidak mengetahui tentang ini. Kami kunci mulut serapatnya. Akan tetapi, suami saya mengetahui status saya dan dia menerima saya seadanya. Cumanya keluarga mertua saya tiada seorang pun mengetahui.
Hanya kami suami isteri saja yang tahu dan simpan rahsia ini sampai bila – bila. Hari demi hari saya menjalani hidup seperti biasa. Tiba – tiba saya menerima pesanan whatsapp dari seseorang yang mengatakan dia adalah anak saya.
Anak saya mencari saya. Ye, saya kaget. Saya tak tahu nak react macam mana. Saya menghubungi ibu angkatnya dan dia bagitahu dia ceritakan segalanya tentang status budak itu. Saya? Tak tahu nak kecewa, terk3jut atau nak lari.
Saya bukan benci anak saya. Tapi sem4kin dia mencari saya, tr4uma saya kembali. Saya memikirkan keb0dohan saya kesilapan saya berbelas tahun yang lalu. Sehinggakan saya terfikir baiklah saya m4ti supaya saya tidak perlu menghadapi tr4uma ini.
Ye, luaran saya nampak normal seperti orang lain, boleh keluar bekerja, bersosiaI tetapi di dalam hati Allah saja yang tahu. Kesan tr4uma yang saya hadapai sukar untuk difahami oleh orang baik suami sendiri. Anak saya mencari saya. Tetapi saya mengelakkan. Saya takut.
Kerana rahsia ini tak semua ahli keluarga saya tahu. Saya tak tahu nak berdepan dengan ahli keluarga saya macam mana. Saya jadi resah gelisah. Macam orang nak kena anx1ety pun ada. Tapi saya langsung tak cerita semua ni pada suami saya.
Saya tak nak serabutkan fikiran dia dengan perasaan saya yang merepek ini. Tapi jauh dalam sudut hati saya, tr4uma saya masih ada sehingga kini. Saya kalau boleh tak nak anak saya tahu tentang dirinya. Cukup lah dia kenal keluarga angkatnya sahaja. Saya?
Akan terus berdoa untuk kebahagiaannya dunia dan akhir4t. Tapi dia mencari saya. Adakah saya salah menjauhkan diri darinya? Saya bukan tak nak mengaku dia anak saya. Ye dia anak saya. Tapi tr4uma yang saya hadapi ini membuatkan saya tak mahu dia kenal saya sebagai ibunya.
Saya faham seorang anak perIukan kasih seorang ibu dan bapa. Tapi keluarga angkatnya menyayanginya lebih dari saya. Itu pun dah buat saya bersyukur. Biarlah dia tahu dia ada ibu tapi tak perlu mengenali saya. Saya tak mampu nak berhadapan dengan orang sekeliling saya yang tidak mengetahui kebenaran diri saya.
Banyak hati dan perasaan saya perlu jaga. Adik beradik saya, ibu mertua saya, keluarga mertua saya. “Ya Allah, ampunkan aku. Aku tidak membuang anak ku. Aku ingin menutup aibku. Aku ingin menjaga perasaan ramai orang. Leraikan lah kekusutan di dalam hati ku.
Ya Allah kurniakan segala kebahagiaan dunia dan akhir4t pada anak pertama ku. Sekiranya dia melupakan ku, aku redha asalkan dia bahagia bersama keluarga angkatnya. Jadikan dia anak yang solehah, kurniakan dia pasangan hidup yang dapat menjaganya sehingga akhir hayat.”
Inilah doaku pada Allah setiap masa kepada anakku. Apakah saya masih berd0sa kerana tidak menerimanya seperti mana dia mahu diterima? Sehingga kini tr4uma dalam diri saya masih berbekas dalamnya Iuka itu. Kepada yang membaca luahan ni, doakan lah untuk saya agar saya kuat dan dapat buang perasaan ini dalam diri. Saya ingin m4ti dalam tenang. Sekarang ini berat d4da saya memikul perasaan serba salah ni. Terima kasih.. – Melur Berduri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norzaharilwati Abd Hamid : Tu bukan tr4uma. Tu takut.. takut rahsia pecah tapi bagi saya anda k3jam. Anak tu tak salah apa pun.. yang salah anda. Dia rindu ibunya. Dia nak kenal ibunya. Dia nak peIuk ibunya. Tu naluri seorang anak.
Yang tak pernah dapat kasih sayang dari seorang ibu kandung. Anda fikir diri anda saja. Ada anda fikir tr4uma anak anda lalui. Membesar sebagai anak tidak sah taraf. Yang dibuang oleh ibunya sendiri. Dia bukan minta harta pun. Dia nak jumpa saja.
Pergi la jumpa.. peIuklah dia. Anda berd0sa padanya. Mohon maaf dari dia. Itu lebih buat diri anda tenang. Tak perlu fikir jauh takut rahsia pecah. Pergi jumpa saja pun.. jumpa senyap – senyap dah la. Tak pecah pun rahsia. Saya taip ni dengan penuh rasa marah sambil menangis. Kesian kat budak tu..
Liyana Sulaiman : Suami dah tahu kan? Bagitau je kat suami yang anak mencari. Anak tu takde salah. Diulangi, anak tu takde salah, takde d0sa. Jujur, anak tu tak minta apa pun. Dia cuma nak kenal ibu kandung dia. Dia pun dah ada keluarga yang sayang dekat dia.
Ingat, d4rah awak mengalir dalam dia. Dia masih dinasabkan pada awak, ibunya. Semoga Allah izinkan anak tu berjumpa dengan awak. Moga Allah mudahkan urusan awak, dan lenyapkan perasaan tu semua. Moga Allah bukakan hati awak untuk terima dia.
Siti Sariff : Ya Allah, sedihnya. Anak itu mencari ibunya. Lebih sedih jika ibu sendiri tidak mahu bertemu kembali atas apa – apa alasan. Kecewanya perasaan anak. I rasa, jika kita mengaku kesilapan dan berterus terang, di situlah ketenangan dapat dicapai. Rungkaikan segalanya.
BACA: ‘Saya nak brek emergency, sekali Azizul potong’, ‘Pacer’ Olimpik Paris dedah cerita sebenar