Seorang budak lelaki berusia 12 tahun telah ditahan kerana disyaki sengaja membaka
r sehingga menyebabkan beratus-ratus penduduk di beberapa buah rumah terpaksa dipindahkan.
Kebakaran bermula di sebuah bangunan terbiar di Crewe, England, dan merebak dengan cepat dalam kejadian yang berlaku kelmarin.
Anggota Bomba dan Penyelamat Cheshire tiba di Catherine Street sejurus sebelum pukul 4.30 petang (waktu tempatan).
Beberapa jalan di sekitar bangunan yang terbakar masih ditutup, dan penduduk telah dipindahkan ke Pusat Gaya Hidup Crewe.
Penduduk tempatan juga diminta untuk menutup pintu dan tingkap mereka sementara anggota bomba berusaha mengawal kebakaran.
Polis yang menyiasat kejadian tersebut kini menahan seorang budak lelaki berusia 12 tahun atas dakwaan membakar dengan niat untuk membahayakan nyawa.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran ini, dan polis masih meneruskan siasatan.
BACA: ‘Saya letak jawatan bukan sebab Zahid, tetapi sebab..’ Tun M jawab Zahid Hamidi