Nyanyian ‘Allah Selamatkan Kamu’ buat PM dari M Nasir undang reaksi netizen

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Maestro muzik, Datuk M Nasir, mengejutkan ramai dengan meraikan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri,

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-77 semasa Konsert Datuk M N45IR Cipta di Axiata Arena, malam tadi.

Pada awalnya, Nasir mengumumkan bahawa beliau akan mempersembahkan lagu yang dicipta khas untuk Perdana Menteri.

Namun, beliau kemudian memutuskan untuk mendendangkan lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri Ramlee.

Ketika bait pertama lagu sambutan hari jadi, ‘Allah selamat kamu’, dimainkan, perhatian penonton tertumpu kepada Anwar yang berada di kerusi tetamu VIP di tingkat atas Axiata Arena.

Nyanyian 'Allah Selamatkan Kamu' buat PM dari M Nasir undang reaksi netizen

Pada ketika itu, barulah penonton menyedari kehadiran Anwar di konsert tersebut.

Selain menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu,” Nasir turut menghadiahkan pulut kuning kepada Anwar.

“Sebelum saya menyanyikan lagu yang ditujukan khas kepada seseorang ini, saya ingin menyanyikan lagu ini terlebih dahulu. Saya juga ada hadiahkan sesuatu untuk beliau, tetapi bukan kek, sebaliknya pulut kuning,” katanya.

Anwar yang mengenakan pakaian pahlawan Melayu lengkap turut mengangkat tangan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Nasir.

Nasir kemudian menghiburkan penonton dengan menyanyikan lagu “Balada Seorang Teman” sebagai penghormatan kepada pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.

Ketika lagu itu dinyanyikan, layar gergasi di pentas memaparkan visual Anwar bertemu Allahyarham Haniyeh yang dilaporkan terbunuh dalam serangan Zionis di Tehran, Iran, baru-baru ini.

Konsert yang dibawakan khas oleh Icon Entertainment ini bukan sahaja menampilkan lagu-lagu dari album Nasir, tetapi juga mempersembahkan lagu-lagu ciptaannya

untuk artis seperti Search, Alleycats, Datuk Awie, Allahyarham Seha, BPR, Kristal, Def Gab C, dan Rahim Maarof. Konsert Datuk M N45IR Cipta mengimbas perjalanan 45 tahun Nasir dalam dunia seni.

BACA: Terbongkar rahsia kenapa restoran mewah kerap hidang makanan kuantiti sikit?