‘Dari join podcast baik aku join potluck’ Rahim jawab Shuib

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Pelawak dan penyampai radio, Rahim Mat Ali, yang lebih dikenali sebagai Rahim,

Dia meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan permainan individu yang dianggapnya sebagai ‘attention seekers’.

Menerusi hantaran di Instagram, Rahim seolah-olah membalas kenyataan rakannya, Shuib,.

Dia yang sebelum ini muncul dalam sebuah video tular dan menyatakan bahawa dia tidak akan menjemput Rahim sebagai tetamu undangan dalam Dol’s podcast.

“Daripada sertai podcast, lebih baik aku sertai potluck.

'Dari join podcast baik aku join potluck' Rahim jawab Shuib

“Jangan terperangkap dengan permainan attention seekers. Dengar cerita, perempuan-perempuan dalam video podcast tu dah block. Maknanya, dah tiga orang lah ya. Kalau betul kiraan saya,” katanya.

Di ruangan komen, ramai warganet tampil mempertahankan Rahim. Mereka menyifatkan Shuib sebagai seseorang yang lupa diri,

memandangkan Rahim adalah antara sahabat yang menemani dan sanggup memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) semasa menguruskan pengebumian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Isu ini mula mendapat perhatian selepas Shuib secara terbuka menjawab pertanyaan salah seorang netizen yang memintanya untuk tidak menjemput bekas anggota kumpulan Sepahtu, Rahim, melalui platform X.

BACA: Wanita koma puluhan tahun lahirkan anak lelaki buat satu hospital jadi kecoh