Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki dipercayai bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan
sanggup mengayuh basikal mengambil anaknya dari sekolah telah berjaya meruntun hati orang ramai.
Menerusi perkongsian seorang pengguna @Hareez Ikmal di laman Facebooknya,
kelihatan seorang lelaki berbaju merah sedang mengayuh basikal di tepi lebuh raya selepas menjemput anaknya pulang dari sekolah.
Bapa modified basikal
Hareez yang dalam perjalanan ke Tawau terserempak dengan dua beranak tersebut ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas disebabkan murid-murid di Sekolah Rendah Kebangsaan Lahad Datu 2 selesai menjalani sesi persekolahan.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah basikal yang ditunggang oleh lelaki berkenaan telah diubah suai dengan menyediakan bumbung, tempat bersandar dan dua tong sampah diletakkan bahagian kiri dan kanan untuk keselesaan serta keselamatan anaknya.
“Perjalanan kami untuk ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan jammed sebab budak baru balik sekolah.
Tengah-tengah sangkut jammed ternampak sorang pakcik ni kayuh “basikal unik” bawak anak kecik dibelakang.
“Auto sedih bila tengok pakcik ni dan anaknya. Hebatnya kasih sayang seorang Ayah, semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti,” ujar pemilik video terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat pengorbanan serta kreativiti seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi memberi pendidikan terbaik buat anak-anak.
BACA: “Aku tak selesa dengan seorang staf wanita ni, kahwin tapi masih nak gatal”