Cara nak hilangkan kesan kunyit kat tangan, ‘confirm’ tak berkunyit dah

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pasti anda resah apabila memikirkan kesan kunyit yang bakal dihadapi apabila ingin menggoreng ikan mahupun ayam.

Kesan kunyit ini boleh bertahan berhari-hari di tangan apabila tidak dicuci dengan bahan yang betul.

Mungkin ada beberapa dari anda yang tidak tahu bahawa kunyit juga amat baik untuk merawat kulit muka yang mengalami masalah jerawat dan parut jerawat.

Mari lihat antara petua dan tip untuk membersihkan warna kuning kunyit pada tangan .

Tips hilangkan kesan kunyit pada tangan

Cara nak hilangkan kesan kunyit kat tangan, ‘confirm’ tak berkunyit dah

Mungkin ada orang yang akan bertanya, mengapa perlu bersusah payah untuk menghilangkan kesan kunyit, sedangkan boleh menggunakan sudu atau sarung tangan untuk mencampurkan kunyit.

Tapi, jika sudah terbiasa mencampur bahan masakan tanpa menggunakan sarung tangan atau peralatan, memang akan menggunakan tangan. Barulah terasa sentuhan kasih sayang seorang ibu itu pada masakan.

Baking soda

Gunakan baking soda dan sapukan pada tangan yang berbekas kunyit. Tip ini dapat mengurangkan kesan kuning tetapi mungkin tidak menghilangkan sepenuhnya.

Lemon/limau

Gosokkan sepotong lemon atau limau pada tangan. Kemudian, basuh dengan sabun tangan dan bilas seperti biasa. Kaedah ini terbukti berkesan.

Cuka

Cuci tangan menggunakan sedikit cuka yang dicampur dengan sabun. Ini kerana cuka bersifat asidik, sama seperti limau.

Minyak zaitun / minyak kelapa

Gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sebentar sebelum mencuci dengan sabun dan air.

Garam dan minyak

Campurkan garam dengan minyak dan gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.

Semoga bermanfaat!

Baca juga Ini cara paling berkesan nak hapuskan semut dalam soket ramai belum tahu