Saya nak minta pandangan semua, ada ke cara terbaik untuk kes saya ni. Saya dah bekeluarga dan mempunyai 2 orang cahaya mata
yang masih kecil berusia 4 dan 7 tahun. Kami menyewa di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani.
Dah setahun adik ipar tinggal sekali, lepas graduate tahun lepas dia memilih untuk bekerja di KL dan menumpang di rumah kami.
Sepanjang tinggal di sini, memang segala – galanya free, ditanggung, termasuklah ubat gigi dan tuala memang semuanya guna yang kami punya.
Lama – lama, rasa macam tak selesa. Saya rasa macam dipergunakan untuk kepentingan dia. Tak pernah bayar bil apatah lagi hulur sewa.
Elektrik pun menyala masa tidur, bazir elektrik. Kami pun bukanlah kaya mana, sebab tu terasa bila duit keluar bukan untuk kegunaan saya, suami dan anak – anak.
Kalau masak, kadang – kadang periuk hangit tak tau la apa dibuatnya. Habis rosak periuk tu semua kami yang beli. Dia masuk rumah ni, bawak pakaian sahaja. Keperluan asas semua kami punya. Bila saya bersuara pada suami, suami kata sabar.
Tapi sabar pun ada batasnya kan. Saya rasa tak suka bila apa yang kita beli semua dia makan. Ibarat macam saya jaga anak sorang lagi walhal dia dah bergaji. Bila saya bagitau suami, lepas tu dia beli la barang dapur, sebulan sekali.
Kalau kami dah beli lauk, dia kata dia tak beli lauk sebab peti ais tak muat. Walhal dia hari – hari masak bawak bekal pergi kerja. Bab kewangan tu, memang takdelah nak hulur – hulur. Saya tak harap hulur pun tapi faham – faham la, nak guna barang tiap hari tu, beli la kan.
Kadang – kadang dia beli, saya tak berapa pakai pun sebab kita tau mesti dia nak guna kan. Lagi tak tahan bila dia balik kerja tidur, malam berjaga sampai anak pun join berjaga malam siang tidur. Jadi saya decide untuk hantar anak ke sekolah walau umur dia baru 4 tahun. Sebab nak elak dari terikut per4ngai makcik dia.
Tapi apa yang jadi.. Tiap hari saya g4duh dengan anak, dia nangis tak nak mandi tak nak sekolah. Dah jadi masalah pada saya jugak lagi. Bab pakaian, s3ksi.. Bila ditegur dia kata.. Anak saya kecik lagi.. 7 tahun, takpe, boleh je lagi.
Allah.. Saya yang pompuan pun tengok malu cara berpakaian dia. Jadi bila dia keluar saya masuk bilik. Malas nak jumpa, ada je jawapan dia. Masalahnya sekarang, saya dah suarakan pada suami untuk minta adik dia hidup berdikari.
Banyak kali saya cakap sampai ada 1 hari tu saya geram anak meragam menangis tak nak sekolah, saya cakap.. ”Ni la per4ngai makcik ko, menyusahkan aku balik.. Sampai anak – anak pun terikut per4ngai buruk tu”. Suami baIas, kenapa nak kaitkan dengan orang lain.
Saya cakap la, kalau dia takde kat sini, anak – anak ni takkan follow per4ngai macam ni. Suami jerit suruh saya diam. Sejak dari tu, saya memang taw4r hati. Rasa nak berpisah pun takpe kalau dia jenis backup family dia. Saya str3ss nak hadap benda ni hari – hari.
Alasan suami saya, kalau saya soh dia dok tempat laen.. Dia kata apa nak bagitau mak dia, adik dia keje KL tapi dok nyewa sedangkan sebenarnya dia ada kakak dok menyewa kat cyber. Tapi suami awal – awal da kata, tak bagi ulang alik sebab jauh.
Hurmm. Saya dah takde hati da dengan semua ni. Kalau dia balik, saya masuk bilik, kalau dia masuk bilik saya dok luar. Memang tak nak bertembung sebab rasa tak redha dan tak ikhlas dengan dia. Sebab dia, saya memang tak boleh pandang muka suami. Rasa tak puas hati membuak – buak dalam diri.
Apa perlu saya buat? Hari – hari heart rate ni tinggi. Kalau check d4rah tu 139 bacaannya. Balik rumah je str3ss. Suami pulak selalu balik lambat. Dia tak tau apa cerita kat rumah. Sebab kalau suami balik, adik ipar pun keluar bilik dok layan anak – anak kita walaupun sebelum tu dia memeruk je dalam bilik. Kalau cerita pun, tetap lah sabar katanya. Dah2 – dah jangan berkira.. Pening laaa.. Any suggestion please…
Komen W4rganet :
Salina Gunawi : Memang ada manusia tak reti bahasa ni. Saya juga m4ngsa yang terp4ksa sebumbung dengan orang yang bukan adik beradik saya. Mula menumpang sebab ulang SPM. Lepas tu sampai kahwin lepas tu sampai beranak dan menyusahkan kami semua.
Buat famili saya porak peranda. Bila di sound dia melalak kat nenek saya. Nenek saya marah mak saya sudahnya saya dan adik saya jauh hati tapi dia masih tak sedar diri. Suruh saja dia sewa tempat lain cakap you nak privasi.
Jangan jadi macam saya dan makan diri. Dia mempergunakan kami untuk kepentingan dia sahaja sebenarnya. Lepas tu pandai buat cerita. Cuba kalau dia dah kahwin dia nak ke beri orang lain menumpang free? So far tak pernah dengar dia tumpangkan keluarga dia. Buat baik ni kena berpada – pada.
LaSignora Eir KhaiRatul : Cuba bawa berbincang eyes to eyes and heart to heart sekali dengan suami dan adiknya, bab perbelanjaan dan semua rules. Awak ada hak sebab awak Puan dalam rumah. Kalau saya.. sorry. My house my rules. Kalau suami taknak back-up saya, saya akan bagi kata dua pada kedua – duanya. Settle..