Assalamualaikum semua pembaca. Harap admin dapat siarkan kisah aku. Nama aku Jeff (bukan nama sebenar) oleh kerana wajah rupa paras
aku bukan kategori yang kacak, tidak punya kerja tetap dan hanya lulusan SPM, maka aku sangat susah untuk dapatkan teman wanita.
Aku kerja ulang alik dari Johor ke Singapura, buat kerja renovation rumah orang sahaja. Bukan sebagai boss ya. Hanya kuIi biasa saja.
Satu hari ada seorang pekerja baru. Nama dia Malik. Malik ini dah ada isteri dan anak umur 5 bulan waktu tu.
Malik juga sama seperti aku, ulang alik dari Johor ke Singapura tiap hari gunakan motosikal sama macam aku juga.
Kami tidaklah rapat mana, setelah beberapa bulan kerja, waktu rehat Malik tiba – tiba datang tanya dekat aku.
Dia tanya aku duduk Johor tinggal dengan siapa? Aku cakap yang aku tinggal sendiri je, duduk sewa rumah flat 2 bilik. Malik cakap dia nak join. Aku ikutkan tak selesa tapi nak tolak tak sedap pula. Aku kata ok saja la. Tiap pagi kami sama – sama pergi kerja masuk Singapura guna 2 motosikal.
Bila balik kerja kebiasaan aku lepak dulu di kedai mamak minum kopi atau makan roti canai yang tidak jauh di rumah aku sewa. Malik pun ikut lepak la. Malam Malik selalu keluar, kadang – kadang Malik pulang sampai jam 2 pagi. Kadang – kadang aku tidak tau dia pulang jam berapa.
Satu malam waktu aku tengah tengok bola, aku tanyalah ke mana dia hampir setiap malam keluar. Dia kata ada bisnes di luar, jadi aku diamlah. Untuk pengetahuan pembaca, rumah sebeIah aku ni memang kosong. Jadi, Malik buat keputusan untuk sewa, bolehlah bawa isteri dan anak dia sekali.
Berapa bulan selepas itu, aku dengar Malik ni selalu bertengk4r dengan isteri dia. Aku selalu dengar isteri Malik nangis bila bertengk4r dengan Malik, sayu je bunyi tangisan tu. Tak lama kemudian, Malik tiba – tiba menhilangkan diri tinggalkan isteri dan anak dia, sedangkan anak pun masih kecik lagi.
Aku ada cuba cari Malik kerana kasihan dengan isteri dan anak dia tapi tak jumpa. Call juga tak nak jawab, Whatsapp pun tak dibaIas. Dia block nombor aku dan isteri dia. Dia hanya whatsapp bagi tau boss tempat kami kerja yang dia nak berhenti kerja.
Setelah Malik lari anak dan isteri Malik di halau keluar dari rumah sewanya oleh tuan yang punya rumah kerana sudah 3 bulan tidak bayar sewa. Aku bagi nama isteri Malik, Laili biar senang sikit tulis. Oleh kerana kesian aku bagiIah dia duduk free saja di rumah yang aku sewa.
Barang makan semuanya aku yang belikan termasuk susu anak Laili. Agak lama setelah itu Malik tiba – tiba muncul. Aku ingatkan dia datang nak ambil balik la isteri dan anak dia. Rupanya dia datang nak cerai sebab katanya dia dah ada perempuan lain. Semudah itu je..
Laili merayu pada Malik jangan ceraikan dia tapi Malik tetap dengan keputusannya. Malik terus naik motor yang Laili cuba kejar sampai terj4tuh dan terIuka. Akhirnya aku juga yang susah, bawa Laili ke kIinik untuk ubat Iuka.
Besoknya aku cakap dekat Laili, aku akan bagi dia duit untuk dia dan anaknya pulang ke rumah orang tua dia. Rupanya kedua orang tua Laili sudah lama meninggaI dunia. Sebelum jumpa dengan Malik, Laili kerja di kedai makan dekat tempat mereka tinggal dulu sebelum pindah join tinggal dengan aku.
Kakak Laili tinggal bersama mertuanya di kampung suaminya. Laili hanya ada 2 orang adik beradik. Dia dan kakaknya. Ada saud4ra ayah dan mak Laili tapi dia takut nak datang ke rumah saud4ra dari ayah atau saud4ra dari ibu Laili.
Kerana dari dulu, masa ayah dan ibu Laili masih ada, mereka memang jarang sangat jumpa saud4ra beIah ayah atau ibu mereka. Selepas urusan cerai Laili dengan Malik selesai. Laili masih tinggal di rumah yang aku sewa. Laili tidak kerja kerana tidak ada yang jaga anak dia.
Selama tinggal di rumah yang aku sewa, Laili la yang masak kadang – kadang juga cuci baju dan seluar aku. Kemas rumah. Aku tengok Laili sangat rajin bersihkan rumah. Itu yang membuat aku sangat tertarik dengan Laili.
Satu hari aku beranikan diri tanya Laili apakah dia mau jadi isteri aku. Laili tidak jawab tapi hanya tengok saja. Itu yang membuat aku malu sendiri. Anak Laili sem4kin hari sem4kin besar dan lucu, sem4kin rapat dengan aku. Mungkin dia pun dah anggap aku ni ayah dia kot.
Laili masih muda tapi sangat pandai masak, wajahnya tidaklah terlalu cantik hanya biasa – biasa saja. Berapa minggu selepas itu Laili pula yang tanya aku balik, betul ke aku nak kahwin dengan dia dan sanggup terima dia dan anaknya.
Aku terus cakap, ya! Aku takde masalah dengan anak dia kerana hidup berumahtangga mesti nak anak. Walaupun tu bukan anak d4rah daging aku, aku pun dah jatuh sayang. Disingkatkan cerita kami pun menikah.
Ibu yang sudah lama suruh aku cari isteri, dialah orang yang paling happy aku tengok.
Kakak dan adik aku yang lain pun sangat happy bila tau aku sudah ada pasangan hidup. Yelah, mereka semua pun dah lama ada keluarga sendiri hidup bahagia. Majlis kami berjalan lancar, alhamdulillah. Sekarang anak kami sudah berusia 7 tahun dan dia dah ada adik umur 3 tahun.
Aku masih kerja di Singapura dan masih dengan boss yang sama. Kalau tak ada halangan hujung tahun ini aku dan Laili akan mulakan usaha sendiri, untuk kerja sendiri. Doakan kami semoga apa yang aku dan Laili harapkan berjalan dengan lancar.
BACA: Anak syahid Ismail Haniyeh dedahkan perangai sebenar ayahnya