Lee Zii Jia peluk wartawan sukan Bangmed dah macam adik beradik buat netizen menitiskan air mata

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sambutan kemenangan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia, yang berjaya meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024, belum reda lagi.

Selepas perlawanan, rakaman Lee Zii Jia yang datang memeluk wartawan sukan, Ahmed Shahrazad Sani,

telah mengundang sebak netizen. Ahmed Shahrazad Sani, atau lebih dikenali sebagai Bangmed,

sentiasa memberikan sokongan kepada Lee Zii Jia walaupun pernah melalui detik-detik sukar sebelum ini.

Lee Zii Jia kelihatan memeluk erat Bangmed, dan kedua-duanya dirakam menangis kegembiraan.

Lee Zii Jia peluk wartawan sukan Bangmed dah macam adik beradik buat netizen menitiskan air mata

Ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik oleh akaun Astro Arena dipenuhi dengan netizen yang meluahkan rasa sebak melihat keakraban mereka.

Netizen menyatakan bahawa Bangmed sentiasa memberi kata-kata semangat kepada pemain badminton negara tanpa pernah menjatuhkan semangat mereka, sama ada ketika menang atau kalah.

@wanyqt23 Walaupun petugas tu dah halang jia tapi jia tetap pergi hugs bangmed aaaa😭 jia tak pernah lupa siapa yang stay dengan dia at his lowest🥺 thankyouu bangmed mewakili kami semua yang sentiasa support jiaa😭🫂 #leeziijia #olympicsparis2024 #bangmed ♬ someone to stay 2024 – ourfeelings🪐

“Sebak tengok keakraban LZJ dengan Bangmed, memang menangis. Memang terbaik Bangmed. Satu-satunya ahli media yang saya doa sentiasa ada bersama pemain kita sampai bila-bila. Cara Jia memeluknya, mesti ada sesuatu yang istimewa.”

Sebelum ini, Lee Zii Jia berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan pemain badminton dari India dengan kemenangan mudah dalam set penentuan.

BACA: Bergurau yang mengundang padah, wanita dakwa bawa bom rupanya bergurau