Kejap guna kuota khas, kejap guna dana sendiri, netizen persoal Presiden MOM

Oleh DAHLIA MARZUKI

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengesahkan bahawa presidennya, Tan Sri Norza Zakaria,

Tidak menggunakan dana kerajaan untuk membawa ahli keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 Paris.

Menurut Astro Awani, MOM menyatakan bahawa semua perbelanjaan untuk keluarga Norza ditanggung sendiri oleh presiden tersebut.

MOM menjelaskan bahawa mereka dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya memudahkan akses Norza dan keluarganya, memastikan tiada dana kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut.

Kehadiran Norza dan keluarganya mematuhi sepenuhnya peraturan yang ditetapkan oleh IOC dan MOM.

Kejap guna kuota khas, kejap guna dana sendiri, netizen persoal Presiden MOM

Dalam situasi ini, penting bagi rakyat Malaysia untuk memberi tumpuan kepada perkara utama, iaitu memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang mewakili Malaysia di pentas dunia.

MOM juga menegaskan bahawa kuota khas yang diperuntukkan kepada pucuk pimpinan badan/majlis atau jawatankuasa Olimpik negara hanya memberikan akses ke kawasan VIP, dan tidak termasuk akses ke padang permainan, bilik persalinan, atau tempat penginapan atlet di perkampungan sukan.

Oleh itu, kuota ini tidak praktikal untuk jurulatih atau kakitangan sokongan kerana ia tidak memberikan akses yang diperlukan untuk menyokong atlet dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, di media sosial, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan penjelasan MOM mengenai isu ini

BACA: 5 Bendera Negara yang ada keunikan tersendiri ramai tak tahu