Bergurau yang mengundang padah, wanita dakwa bawa bom rupanya bergurau

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Seorang wanita warga Indonesia yang kononnya bergurau membawa bom dalam bagasinya akhirnya menghadapi masalah serius

apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 petang, wanita berusia 33 tahun itu, yang dalam perjalanan ke Medan, Indonesia,

Dia ditahan ketika pemeriksaan beg dijalankan di kaunter daftar masuk LTAPP.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata siasatan mendapati wanita tersebut yang bekerja

Bergurau yang mengundang padah, wanita dakwa bawa bom rupanya bergurau

sebagai operator kilang di Ipoh, Perak, bercakap dengan lantang mengenai adanya bom, yang didengar oleh kakitangan kaunter.

“Perkataan ‘ada bom’ ini turut didengar oleh orang lain yang sedang menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan di lapangan terbang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, wanita itu bersama dua rakannya dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Medan pada pukul 5.30 petang.

“Wanita ini kini direman selama dua hari sehingga esok dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” tambahnya.

BACA: Tular video Leona pegang tangan dengan artis Indonesia, Azhar Sulaiman dapat menantu?