“Sambil menangis mak cakap, sebabkan perempuan, kau buat kakak kau macam tu kan bang”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf sekiranya confession aku kali ni agak panjang. Lepas je aku nampak confession aku disiarkan,

aku baca satu persatu komen – komen dari kalian malam tu bersama suami aku. Ada komen yang buatkan aku rasa sebak.

Terutamanya part dari pembaca yang dapat faham dengan jelas situasi yang sedang aku ceritakan.

Aku baca komen dari saudari yang kata mungkin ada sides story dari adik aku waktu dia kecil yang aku tak ceritakan.

Mungkin adik lelaki aku ni ada memendam rasa dari dia kecil dan mungkin arw4h mak ayah aku dan kami adik beradik yang lain ni pernah abaikan dia.

"Sambil menangis mak cakap, sebabkan perempuan, kau buat kakak kau macam tu kan bang"

Jawapannya tidak sama sekali. Semua masalah yang terjadi adalah disebabkan dari per4ngai dia yang EGO, NARSIS1STIK, MANIPULATIVE, BARAN dan DIMANJAKAN dari kecil oleh mak aku sebab dia satu – satunya anak tunggal lelaki dalam keluarga kami. Pendek kata dia ni anak manja arw4h mak lah.

Tr4uma? Kalau nak cerita pasal tr4uma. Aku yang tr4uma dengan per4ngai adik lelaki aku ni. Aku dah lama maafkan dia tapi perbuatan dia tu tetap ada dalam simpanan memori. Biasakan dengar orang kata, “Kita boleh memaafkan tapi untuk melupakan sukar sekali”

Zaman kami remaja dulu, masa tu aku bersekolah Menengah. Pernah adik lelaki aku ni ser4ng marah aku di kantin lepas tamat waktu persekolahan. Bayangkan punya ramai pelajar yang ada dekat kantin sekolah. Pelajar sesi pagi, pelajar sesi petang.

Aku dulu pengawas sekolah. Jadi lepas waktu sekolah, kami yang pengawas – pengawas ni perlu berkumpul di kantin. Dia ser4ng tolak badan aku, m4ki aku hanya sebab aku ni tanya pada kawan pengawas aku “Girlfriend adik aku tu macam mana orangnya ya” sebab aku tak kenal girlfriend adik aku ni walaupun satu sekolah.

Yang kenal girlfriend dia cuma kawan pengawas aku. Dan aku tak tanya pada kawan perempuan. Aku tanya pada kawan lelaki. Sebab pada aku kawan aku tu jenis jujur dan bukan jenis suka judging. Kawan aku jawab, “Baik je orangnya girlfriend adik kau tu.”

Jadi aku kata bagus lah kalau gitu. Dah, itu je yang aku jawab. Aku sekadar nak tahu bukan nak sibuk melebih – lebih. Waktu dia tolak badan aku dekat kantin sambil meng4muk tu, kawan – kawan pengawas aku semua marahkan adik aku. Nasib baik waktu tu ada kawan yang sempat paut badan aku. Kalau tak, dah jatuh telentang dah.

Lepas je tamat waktu bertugas. Aku terus balik rumah. Masuk je rumah, mak aku terus marah aku. Mak aku kata “Kenapa ngah adik kau balik sekolah marah – marah. Apa yang kau dah buat dekat adik kau. Mak suruh kau jaga adik – adik kau. Tu pun susah ke”

Kakak sulung aku jarang ada di rumah sebab dia dulu sekolah berasrama penuh dan gap aku dengan kakak sulung lebih kurang tujuh (7) tahun. Jadi aku lah ibarat kakak sulung di rumah. Aku terus menangis masa tu. Sedih betul aku.

Aku cerita dekat mak aku apa yang jadi sebenarnya. Tapi masa tu mak aku dalam 50 – 50. Tak tahu siapa yang cerita perkara betul. Yang aku tahu, adik lelaki aku cerita pada mak aku, aku ni ser4ng girlfriend dia. Girlfriend dia kata aku ni kutuk – kutuk girlfriend dia dekat kawan – kawan aku.

Sampai lah adik perempuan aku yang keempat balik sekolah sesi petang. Adik perempuan aku ni masuk je rumah dia terus cari mak aku. Aku ingat lagi adik perempuan aku ni cakap, “Mak.. mak, dekat sekolah tadi adik nampak abang tolak angah, marah – marah angah. Adik tak perasan mula – mula siapa yang tengah berg4duh, kawan adik yang bagitahu. Kesian angah mak, malu angah. Kawan pegawas angah ramai tolong angah masa tu, sebab tu adik tak pergi tolong angah pun.”

Mak aku dengar je, terus mak pergi marah adik lelaki aku tu. Masa mak aku pergi marah adik aku tu, adik aku ni pergi tolak badan mak aku. Mujur aku sempat pegang badan mak aku. Mak aku marah – marah sambil menangis mak aku kata, “Sebabkan perempuan, kau buat kakak kau macam tu kan bang” sebab ni jugak lah aku sukar nak lupakan peristiwa ni.

Aku tak boleh lupa moment dia tolak badan mak aku. Aku sedih sangat. Aku salahkan diri aku sebagai punca utama. Oh lupa nak bagitahu, adik lelaki aku ni bukan anak bongsu. Dia anak ketiga (3) dari lima orang adik beradik dan berbeza umur dua tahun sahaja dari aku.

So umur adik lelaki aku ni diakhir 20an dan baru nak masuk tiga tahun usia perkahwinan mereka. Ada seorang anak perempuan berusia 8 bulan. Aku baca semua komen kalian tu dengan suami aku. Sambil dok baca tu mulut suami aku mengomel. Suami aku kata,

“Tengok sayang. Ramai kan yang komen ayat sama macam abang selalu pesan dekat sayang. Tak salah pun tindakan sayang cut off hubungan t0ksik ni. Cukup – cukup lah biarkan orang pij4k kepala sayang. Sayang kena sayang diri sayang dulu okay,” menangis terus aku bila dengar suami kata gitu.

Adik lelaki aku ni bukan dengan aku je dia tak reti nak bersyukur tiap kali bila orang dah tolong dia. Dengan adik – adik yang lain pun dia buat per4ngai yang sama. Bukan lah adik beradik yang lain ni tak pernah berg4duh. Pernah je bezanya yang lain – lain ni bukan jenis suka mencarut dan bila memasing dah cool down mesti mereka akan mesej personal minta maaf.

Nak minta maaf ni bukan perlu kira kau kakak ke kau abang ke kau adik ke. Asalkan sedar diri tu bersalah, minta je maaf terus. Hati pun jadi tenang. Cuma selalunya hanya akan jadi lebih panas tu bila adik lelaki aku ni berg4duh mulut dengan aku lah sebab cuma aku je yang berani tegur dia direct tiap kali dia kurang ajar. Kalau langsung tak ada sesiapa tegur, lagi teruk jadinya per4ngai dia.

Pantang ditegur sikit, tiap kali tu dia akan mencarut. Paling kerap dia sebut puk1mak tu lah, si4I, b0d0h, b4ngang tu biasa je. Kakak sulung aku plak jenis diam dan jenis simpan dalam hati je. Adik – adik aku yang lain pun sama diam jugak sebab dorang tahu dorang tu pangkat adik. Tak kan nak tegur abang dorang pulak. Lagi – lagi bila tahu abang dorang tu jenis baran.

Ada juga aku terbaca komen yang cakap pasal adik ipar aku tu tukang cucuk. Aku tak nak ulas lebih bab tu cuma memadai untuk aku kata mereka memang pasangan yang sepadan. Kenapa sepadan? Sebab adik ipar aku ni mengaku dia pun baran orangnya dan selalu berg4duh jugak dengan adik beradik dia.

Macam mana aku boleh tahu? Sebab adik lelaki aku dan adik ipar aku ni yang cerita sendiri pada family kami. Kami adik beradik tak pernah p4ksa dia join apa – apa aktiviti kami buat bersama. Selalunya bila pelawa pun, dia yang tolak tak nak join. Bila kami berjalan tanpa bagitahu dia dan upload story berjalan di media sosiaI, dia akan baIas story tu kata,

“Camni laa keluar tak ajak aku pun,” dia dok asyik rasa dipinggirkan. Padahal kami tak pernah pinggirkan dia. Dari awal dia kahwin, tiap kali raya Aidilfitri, Aidiladha tak pernah kami dapat kumpul raya bersama. Kadang – kadang tu bila dah ajak dia, dah set tarikh, dah booking tempat apa semua mesti last minit dia akan cancelkan sama macam dia buat waktu kami booking photosh00t studio raya tempoh hari.

Tiap kali adik beradik planning untuk gathering, isu duit tak pernah timbul sebab semuanya kami 4 beradik yang akan sponsor. Tak pernah lah mintak dia keluar duit sesen pun walaupun adik lelaki aku tu lifestyle dia serba mewah.

Adik aku tu lelaki dan ketua keluarga. Banyak tanggungjawab dia nak kena fikir especially bab duit. Dia dapat hadirkan diri pun dah cukup buat kami happy dah. Bertahun – tahun aku abaikan je tiap kali g4duh sebab pada aku biasa lah g4duh mulut antara adik beradik. Nanti bila dah cool down, okay balik bertegur sapa .

Adik beradik yang lain pun layankan je sebab arw4h mak ayah aku selalu pesan dalam keluarga kena banyakkan bersabar. Apa – apa jadi jangan putus silaturahim dengan d4rah daging. Jadinya s4kit hati macam mana sekalipun, end up kau tetap usaha pujuk hati kau untuk memaafkan. Sebab apa? Sebab d4rah daging.

Cuma kali ni. Kali ni je aku tak dapat nak pujuk hati aku untuk bersabar, untuk mengalah, untuk bertoleransi sebab dia dah naik tangan pukuI suami aku. Suami aku dah banyak kali tegur aku. Suami selalu kata dia tak suka tengok adik aku tu mulut kurang ajar gitu dekat aku. Suami suruh ajar sikit. Tapi aku pujuk suami aku, aku kata takpa kita sabar kita doakan dia berubah ya.

Alih – alih suami aku ditumbvknya. Malu sangat aku rasa pada suami aku waktu tu. Malam kejadian perg4duhan antara suami dan adik aku, kakak dan adik beradik yang lain suruh aku pergi balai buat report polis. Biar dia merasa tidur dalam lokap.

Tapi suami aku tak bagi panjangkan isu. Suami kata suami dapat baIas dua kali penvmbuk tu puas dah rasa. Mesti lepas ni beringat dah dia. Lagi pula malu nanti jiran – jiran tengok kereta polis datang depan rumah. Dah lah ayah baru lagi meninggaI.

Dulu pernah masa arw4h ayah masih ada, adik lelaki aku ni g4duh marah aku depan ayah. Waktu g4duh tu dia nak naik tangan dekat aku. Ayah cepat – cepat tepis tangan dia, kemudian ayah kata “Kau siapa nak pukuI kakak kau. Aku pun tak pernah pukuI anak – anak aku.” Yang selalu backup dia cuma arw4h mak.

Bila mak dah tiada, memang hubungan dia biasa – biasa sahaja dengan ayah sebab dia lebih manja dengan mak kan. Tentang isu rumah peninggalan arw4h ayah ni. Pernah dia marah meng4muk dekat aku, dia menjerit kata, “Kau ber4mbus keluar dari rumah ni”

Bila ayah kerap sangat dengar dia cakap sebegitu, ayah ajak adik bongsu temankan ayah pergi pejabat tanah. Semuanya ayah uruskan sebelum kesihatan ayah m4kin bertambah teruk. Rumah ayah tu sekarang adik bongsu aku dengan adik lelaki aku tu yang duduk bersama.

Rumah peninggalan ayah sudah pun ayah tukar siap – siap letak nama kakak sulung sebagai pemilik. Jadi dia dah tak ada hak nak halau – halau siapa – siapa lagi. Sikit pun aku tak kisah bila dia suka tengking suruh ber4mbus sebab aku dengan suami ada rumah sendiri.

Dia anak beranak tu yang kalau aku suruh ber4mbus tak pasal – pasal merempat nanti. Nak tunggu pindah masuk rumah yang dia beli tu tahun 2026 nanti baru siap dibina rumahnya. Sekarang semua adik beradik dah tak bercakap dengan dia.

Kakak dan suami pun dah pesan dekat aku tak payah lagi tegur – tegur per4ngai dia dan tak perlu lagi nak mesej dulu minta maaf tiap kali lepas tegur dia tu. Biarkan je dia hidup bersama isteri dan anak dia. Dia yang buang family ni.

Left group pun banyak kali. Family ni je yang dari dulu rajin invite semula. Aku nekad cut off untuk kebahagiaan mental health aku. Biar lah kali ni aku belajar untuk jarakkan sedikit hubungan. Aku akui kesalahan besar aku adalah aku selalu bagi muka sampai dia besar kepala.

Tapi itulah lepas episod suami aku berbaIas tumbvkan tu, adik bongsu aku mesej aku bagitahu adik lelaki aku ni jadi tak sihat. Dia jadi s4kit d4da dan batuk – batuk. Jauh disudut hati, aku risau jugak sebenarnya. Tapi kuatkan jugak hati untuk tidak ambil peduli. Siapa suruh mulakan dulu naik tangan dekat abang ipar. Kakak kedua yang gagal, – Maw4r (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salina Gunawi : Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Insyaallah dia akan mendapat baIasan samada cepat atau lambat saja. Jagalah keluarga you dengan baik dan ambil ikhtibar supaya jangan ada anak kesayangan. Saya dah pernah tengok baIasanNya pada orang sebegitu.

Ochi Yahya : Acik rasa puas bila suami awak dapat baIas balik penvmbuk adik tu. Mulai sekarang, jaga keluarga sendiri, jangan fikir pasal adik tu. Dia naik lemak sebab dia tahu adik beradik dia akan minta maaf dan masih terus berhubung dengan dia walaupun dia yang salah.

Acik tahu, perasaan risau tu pasti ada bila tahu dia tak sihat. Doa je untuk kesihatan dia selepas solat. Moga awak hidup aman damai dengan suami dan anak – anak. Sesekali buat family day dengan adik beradik yang lain. Adik lelaki tu biarkan, tak perlu nak tanya atau undang dia lagi. Okay… hug you sis.

BACA: Jurulatih Badminton disekat ke Olimpik, Presiden MOM selamba bawa anak bini raih perhatian netizen