Panas disoal kenapa umur 45 tahun tak kahwin lagi, lelaki tamatkan riwayat jiran

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Tidak tahan dengan soalan yang sering diajukan tentang mengapa dia belum berkahwin, seorang lelaki Indonesia akhirnya bertindak melampau dan membunuh jirannya, lapor Straits Times.

Menurut media tempatan Indonesia, kejadian itu berlaku di Tapanuli Selatan, Sumatera Utara, pada 29 Julai lalu.

Penolong Pesuruhjaya Polis wilayah tersebut, Maria Marpaung, berkata suspek lelaki berusia 45 tahun,

Parlindungan Siregar, didakwa membunuh jirannya, Asgim Irianto, 60, yang juga seorang penjawat awam,

selepas merasa tertekan dengan soalan yang kerap diajukan kepadanya mengenai status perkahwinannya.

Panas disoal kenapa umur 45 tahun tak kahwin lagi, lelaki tamatkan riwayat jiran

“Berdasarkan kenyataan isteri Asgim, penyerang tiba di rumah mereka sekitar jam 8 malam pada 29 Julai sambil membawa sebatang kayu dan mula menyerang mangsa tanpa amaran,” kata Maria.

“Asgim melarikan diri ke jalan raya, tetapi dikejar oleh Parlindungan sebelum terkena hentakan di kepala dan dipukul terus oleh suspek.

“Penduduk setempat akhirnya menghentikan pukulan tersebut dan membawa Asgim ke hospital, tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan,” tambahnya dalam laporan Detik Jogja.

Maria menyebutkan bahawa suspek mengaku memukul Asgim sehingga mati kerana kerapnya soalan bergurau dari jirannya yang menanyakan mengapa dia belum berkahwin.

Laporan juga menyatakan bahawa sebelum serangan tersebut, kedua-dua jiran itu telah bertengkar mengenai ayam milik masing-masing.

BACA: Loker bilik persalinan ini dilelong RM13 juta, rupanya milik Kobe Bryant