Loker peribadi pemain bola keranjang terkenal Amerika, Kobe Bryant, yang digunakan di stadium Staples Center
Telah dilelong pada harga AS$2.9 juta (RM13 juta), lapor laman berita Hypebeast.
Menurut firma lelongan Sotheby’s, loker tersebut adalah loker sukan yang paling bernilai pernah dijual
Dalam acara lelongan, dan juga yang ketiga termahal dalam siri lelongan memorabilia berkaitan Bryant.
Ketua Koleksi Moden Sotheby’s, Brahm Wachter, menyatakan bahawa loker Bryant bukan sekadar memorabilia,
tetapi merupakan peninggalan penting dari salah seorang tokoh bola keranjang paling ikonik.
“Harga yang dicapai hari ini bukan hanya mencerminkan legasi Bryant yang kekal, tetapi juga keistimewaan item unik ini,” ujarnya.
Loker tersebut disimpan oleh pekerja penyelenggaraan semasa pengubahsuaian Staples Center pada tahun 2018 dan telah dijual secara persendirian kepada seorang pengumpul dari Amerika Syarikat.
BACA: Wanita bongkar perangai sebenar Ustaz Adnin Roslan yang ramai tak tahu di sebalik muka ganasnya