Sikit lagi boleh buat team bola, Ayu Raudhah selamat lahirkan cahaya mata ke-7

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha, berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata ketujuh

Di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan pada jam 12.57 tengah hari semalam.

Zaquan melalui perkongsian di akaun Instagramnya mengaku teruja menyambut kehadiran bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.

Lebih istimewa, Zaquan juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12.57 tengah hari pada 2 Ogos 2024.

Sikit lagi boleh buat team bola, Ayu Raudhah selamat lahirkan cahaya mata ke-7

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.

Menurut Zaquan, Ayu kini berada dalam keadaan baik dan masih menerima rawatan di hospital.

“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okay. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih, dan tanam.

“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” katanya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

BACA: “Aku hairan betul dengan pak mertua, dia suka sangat peluk dan cium aku tapi aku pon layan juga”