Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip menerima tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ ketika muncul di Konsert By Ajai & Mega Friends malam tadi.
Dalam pada itu, Hafiz turut memberikan respon terhadap dakwaan yang tersebar sebelum ini bahawa
dia mengambil bahan terlarang, yang dikatakan menyebabkan perubahan drastik pada berat badannya.
“Korang nampak saya kurus bukan sebab saya hisap batu, bukan hisap dadah atau benda-benda yang korang tuduh itu,” ujar Hafiz.
Tegas penyanyi kelahiran Sarawak ini, perubahan pada berat badannya sebenarnya disebabkan oleh penyakit slip disc yang dihidapinya.
“Saya menjaga kesihatan, saya pergi gim, saya masuk kelas boxing sudah dua bulan. Bukan sebab saya nak bergaduh, tetapi untuk kecergasan dan kesihatan diri. Itulah sebab kenapa saya kurus.”
Tambahnya lagi, dia telah menghidapi slip disc sejak beberapa tahun lalu dan sejak itu, dia telah menjaga kesihatannya dengan lebih teliti, tetapi mengakui bahawa penyakit tersebut tidak mengganggu suaranya.
“Sejujurnya, dari segi suara, tiada kesan tetapi ia sedikit sebanyak memberi impak terhadap pergerakan badan saya.”
BACA:Wanita bernazar setahun tak nak ‘bersama’ suami “Bila dah kurus terhegeh-hegeh”