Wanita bongkar perangai sebenar Ustaz Adnin Roslan yang ramai tak tahu di sebalik muka ganasnya

Oleh INFORAKYAT

Dia dah tutup mukanya dengan bantal apabila saya memuji akhlaknya di depan wanita yang sangat dicintainya itu.

Saya tergelak melihat reaksi spontan tersebut. Ternyata di sebalik kelantangannya bersuara, pemuda ini sangat pemalu. Lebih tepat lagi, tawadhu’. Rendah hati. Malu dipuji.

Demikian slot dimulakan. Dengan saya membawakan kembali detik pertama saya bertemu dengannya.

Yang buat saya jatuh cinta pada akhlak anak muda ini.

Ustaz Adnin Roslan. Pengasas dan penulis buku bestseller Tarbiah Sentap.

Wanita bongkar perangai sebenar Ustaz Adnin Roslan yang ramai tak tahu di sebalik muka ganasnya

Setiap kali bertemu, kita yang jauh lebih tua ini pula yang rasa tak puas nak dengar nasihatnya lagi dan lagi. Seorang yang sangat humble dan sempoi, tapi straight forward dan berani!
.
.
Melihat cara dan akhlaknya, saya terasa benar ingin belajar daripada cara ibu ayahnya mendidik anak-anak.

Lalu semasa slot parenting PERKAMPUNGAN MAYA EKSPRES-I, saya bawakan beliau dan ibunya, Teacher Fari, pengasas rangkaian tadika Little Caliph untuk berkongsi ilmu dengan kami semua.

Antara soalan yang saya rasa cukup trigger nak tanya pendakwah muda ini ialah,

“Apa pendekatan umi dan abah dalam mendidik anak-anak yang Ustaz Adnin rasa suka dan nak kongsi dengan kami?”

Dan saya terus rasa terhenyak dengan jawapan pertamanya!

“Mak ayah saya tak banyak cakap. Tapi banyak tunjuk! Ayah saya solat berjemaah 5 waktu di masjid. Umi sentiasa banyak zikir, tangan sentiasa pegang tasbih…”

Allah. Memanglah ustaz nan seorang ni pengasas Tarbiah Sentap. Sentap sangat jawapannya!

Betapa benar! Action speaks louder than words! Kita nak anak-anak hidup berpaut pada agama, tapi kadang kita sendiri tak mampu menzahirkannya.

Kita ni jadi mak ayah, kadang banyak sangat berleter nak anak-anak jadi baik. Marah itu, marah ini.

Tapi kita sendiri tak tunjuk betul-betul teladan yang baik. Allah… sayalah tu! Rasa down betul! 😭
.
.

“Satu yang saya sangat bersyukur ialah, umi abah hantar saya ke sekolah agama. Persekitaran kat situ banyak membentuk saya.

Sekolah agama swasta. Yuran mahal. Padahal umi abah bukan orang senang pun! T

api umi cakap, setiap kali dapat gaji, perkara pertama umi akan buat ialah bayar yuran sekolah anak-anak.

Pelaburan paling berbaloi adalah untuk pendidikan anak-anak!”

Masya-Allah. Masa ni saya senyum. Terasa bersemangat kembali saya mendengar kata-kata ini.

Walaupun kadang rasa frust bila anak-anak buat perangai, tak menjadi, setidak-tidaknya ada juga usaha saya dan suami yang hampir menyamai usaha abah umi pendakwah muda ini.

Terjirus hati, membungakan kembali harapan untuk beroleh anak-anak soleh dan solehah. Ya, memang saya dan suami juga sanggup bergolok gadai untuk pendidikan agama anak-anak!
.
.
Saya lihat diri saya saja. Yang dulu bersekolah agama. Tamat sekolah pun, tetap nanar mencari arah hidup. Free hair, tak jaga solat. Banyak buang masa.

Tapi sungguh, ilmu asas yang saya dapat di sekolah tersebutlah yang akhirnya membawa saya kepada rasa berdosa, rasa berdosa dan rasa berdosa hingga akhirnya memilih untuk kembali mujahadah mencari redha Allah.

Masa sekolah, rasa stres. Rasa terpaksa. Tapi masa proses hijrah, kadang menitik air mata bila baca Al-Quran, boleh teringat balik ayat-ayat yang saya pernah belajar.

Kadang baca tanpa terjemahan pun masih boleh agak-agak maksudnya base pada sedikit asas Bahasa Arab yang saya ada. Sebak walaupun dengan nikmat ilmu yang sedikit itu!

“Ya Allah, kalau ada pahala daripada apa yang aku baca dan faham, ini untuk mak abah aku, Ya Allah. Mereka yang buat aku tahu semua ini. Jasa mereka.”

Ya, memang saya bersyukur sungguh kenang balik semua jasa dan pengorbanan mak abah sekolahkan saya, khususnya dalam aspek pendidikan agama.
Maka sungguhlah.

PELABURAN PALING BERBALOI ADALAH UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK!
.
.
Namun ada sedikit lagi perkongsian anak muda ini. Sebagai motivator yang sering dijemput berceramah ke sekolah-sekolah, Ustaz Adnin juga bertemu pelajar-pelajar sekolah agama, sekolah tahfiz yang hancur akhlaknya. Even ada yang berjumpanya, mengaku berzina tanpa rasa bersalah!

“Mak ayah kena ingat. Kita tak mampu ajar anak-anak kita semua perkara. Mereka akan banyak belajar dari persekitaran.

Ada mak ayah yang baik, tapi anak tak jadi baik. Sebab tu pentingnya jaga persekitaran anak-anak kita. Tengok dengan siapa dia berkawan.”

Pesanan yang sangat penting! Subhanallah. Inilah yang kita kena usahakan.

Kena kawal dengan siapa anak-anak kita berkawan. Kita bukan patut didik anak kita saja, bahkan kena turut didik kawan anak-anak kita.
.
.
Lagi yang Ustaz Adnin pesan pada ibu bapa, tarbiah pada anak-anak dah kena bermula dari kecil. Walaupun anak-anak buat dengan rasa terpaksa, tak mengapa. Sebab lama-lama nanti mereka terbiasa.

Apabila sampai fasa remaja, mak ayah cuma mampu nasihat tapi Allah yang pegang hati anak-anak. Kalau mak ayah beri cukup didikan agama,

walaupun anak-anak memberontak, melawan, Insya-Allah tetap juga suatu hari nanti dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Kena terus berdoa, doa dan doa.

Masya-Allah, perkongsian dan pesanan yang tidak boleh kita ambil ringan!

Banyak lagi perkongsiannya. Tentang bahaya membanding-bandingkan anak-anak. Tentang bahaya telefon. Masya-Allah, kadang kita tahu… tapi tetap perlu diperingatkan selalu!

Terima kasih, Ustaz Adnin Roslan atas perkongsian pengalaman dan ilmu yang sangat bermanfaat.

Dan terima kasih kerana menunaikan hajat saya untuk mendendangkan sebuah lagu buat umi di depan kami semua.

Allahu… bila seorang anak menzahirkan cintanya buat seorang ibu, memang menangis dibuatnya! Ustaz menangis, Teacher Fari menangis, kami juga!
Semoga Allah berkati majlis ilmu ini. Amin. Amin.

Moment Captured!
PERKAMPUNGAN MAYA EKSPRES-I

BACA: Gerai ini jual burger daun pisang buat ramai teruja nak merasainya