Rahsia buat teh tarik berlemak, tambah 1 bahan sahaja!

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kalau minum air teh tarik di gerai mesti akan ada rasa berlemak, bila cuba buat di rumah tak menjadi pula.

Sebolehnya tak mahu minum setiap hari di kedai, takut kena potong kaki pula dengan rasa manisnya air teh tarik.

Rupanya peniaga ada rahsia untuk pastikan teh tarik yang dibuat mereka tu ada rasa berlemak dan hanya satu bahan digunakan iaitu garam.

Cara-cara buat teh tarik berlemak

Bahan-bahan:

Rahsia buat teh tarik berlemak, tambah 1 bahan sahaja!

Teh serbuk
Susu tin
Garam
Gula
Cara-cara:

Masukkan dua sudu besar susu pekat manis dalam gelas besar,
Penuhkan hampir 3/4 cawan dengan air dari teh serbuk yang dah ditapis (pastikan tak guna uncang).
Masukkan sedikit garam dan masukkan satu sudu gula.
Kemudian boleh tarik macam di kedai

Rata-rata netizen memahami kerisauan sesetengah orang yang garam boleh menyebabkan masin tapi sebenarnya tidak.

“Adeh, yang kata masin tu mesti jarang masuk dapur. Garam bila ada manis dia rasa lemak. Sama juga kalau masak. Letak gula sikit baru sedap

“Patutlah pernah minum teh tarik masin mungkin terlebih garam kot.

“Betul bang saya kerja bancuh air. Lagi tip nak buat limau ais boleh guna limau kasturi kemudian tmbah garam sikit, memang sedap,” antara komen netizen.

Baca juga: Tip mudah masak ayam kampung, kalau tak kena cara boleh menangis