Assalam. Ramai yang cakap bernasihat tentang perkahwinan sekufu tapi aku adalah diantara orang yang merasakan ‘breaking the rules for good apa salahnya’
Dan aku merasakan ketidakseronokkan dalam perjalanan hidup aku sekarang.Aku Anya (of course lah bukan nama sebenar, nama yang aku pilih jika kelak mempunyai anak perempuan.
Kembali ke topik asal, ini adalah confession kerana aku merasakan persaan kurang suka pada keluarga mertua aku.Aku berkahwin few years ago. Selepas sebulan berkenalan, mertua aku datang merisik.
Cepat sangat kan? Semua orang berpendapat kerjaya aku bagus, gaji ok (padahal banyak commitment), bijak dan sedang mengambil PhD, ada rumah dan kereta sendiri.
Sedangkan husband aku baru habis diploma, baru few months kerja, tiada asset. Macam something fishy lah kata kawan-kawan aku pun.
Mesti korang dah bayangkan gap umur aku kan? Ye tak salah tekaan anda gap kami hampir 10 tahun.
Mak aku bersetuju sahaja memandangkan tunang tak jadi aku taknak proceed hubungan ke next level dan mak aku tak sanggup tengok aku jadi anak dara tua (actually aku pun tak tahu apa dalam hati dia).Mungkin ini alasan paling kukuh untuk 3 series berjodoh kot. Dan dalam ramai-ramai kawan lelaki aku dia yang commit to go for the next level.
Few months later, lepas dah kahwin baru aku faham satu-persatu nasihat orang sekeliling termasuk pakar motivasi. Mertua aku awal-awal cakap yang aku kena ikut husband aku especially kalau balik kampung.Rupanya dari first day aku kahwin mereka dah atur dan influence macam mana husband aku kena kawal aku.
Masa awal kahwin dulu rumah aku masih aku sewakan, tapi mereka paksa suami aku untuk move in rumah aku cepat-cepat padahal penyewa aku ada few months ahead. Nasiblah penyewa tu kawan aku so kami settle cara baik.
Lepas tu setiap minggu kami kena balik kampung. Hari khamis dan jumaat dah call untuk remind balik kampung. Call harian tu lain cerita. Maaf okay. Mak aku didik aku untuk jarang call family (jimat topup dan berdikari sikit katanya) so aku memang shocked terima deringan telefon hari-hari.
Baru kahwin takde fasa honeymoon ye. It’s all about them. Kena simpan duit sebab hari family mereka, duit setiap minggu balik kampung. Sampai aku rasa tertekan dan mengambil keputusan untuk menipu.
Aku cakap ada ada kerja sebab ada auditor nak check documentation lah ape lah. Padahal aku duduk datang office tengok Korea dari pagi sampai petang. Punyalah sebab taknak balik kampung.
Kalau diorang call phone aku, aku cepat-cepat silent or buat-buat skit perut. Kadang-kadang mak aku berkecil hati sebab lebihkan keluarga sana sedangkan dia single mom dan a cncer surv1vor, tinggal seorang je so fahamlah kan mak sendiri kecil hati tapi taknak anak menantu terasa hati juga.
Kenapa aku taknak balik kampung?
Ok. First, kalau aku balik kampung rumah mertua aku tiada bilik so aku kena tidur diruang tamu atau bilik transit which is bilik orang lalu lalang untuk ke bilik kayangan (bilik kak ipar aku). Mak pak mertua aku ni ada 7 orang anak. Anak lelaki 5 dan 2 perempuan.
So malu lah nak tidur ramai-ramai kat luar tu. Dengan aku ni pkul 9 -10 malam dah tidur dan mereka stay lagi mer0kok depan tv. Kadang-kadang rasa nak tegur je, ramai budak-budak dekat situ kenapa masing-masing mer0kok tak ingat dunia.Tapi pak mertua aku ni pr0kok tegar. Jadi aku zip mulut dan memberontak dalam jiwa je. Dahlah tu setiap kali balik mak mertua aku kedekut tilam. Sampai hati dia bagi aku tidur toto nipis satu inci. Sob.
Aku dah biasa tidur atas katil, tilam spring yang baik untuk tulang belakang tu. Banyak nyamuk sebab tingkap diaorang punya kaca semua dah pecah jadi ada langsir je.
Bilik air usahlah cakap, malam-malam aku mesti ajak husband aku sebab banyak katak terbang dan bilik air tu berada diluar rumah. Sumpah takut.
Waktu aku pregnant hari tu sanggup aku tunggu husband aku balik tournament sepak takraw kampung dia untuk buang air jam 4 pagi. Kalau siang aku akan pergi ke petrol pam berdekatan sebab aku tak selesa.
Mulut mak mertua aku boleh tahan juga, asyik cakap aku ni dah tua lah, gm0k lah (aku 60 kg kot biras aku yang 80 kg tu tak pula dia cakap), dia suka nyorokkan makanan tak bagi aku makan, bagi aku makan bekas-bekas dia.
Kadang-kadang dia campak masuk dalam pinggan aku (paling aku geram dia suruh aku habiskan aiskrim batang yang dia dah jilat-jilat).
Second, aku tak suka pak mertua aku nak pl0k c1um. Aku tak selesa. Mungkin sebab aku tak ber’bapa’ so aku tak suka affection dari lelaki ke arah itu.Kadang-kadang dia buat depan ahli keluarga so jadinya ramai akan question pak mertua aku kenapa c1um aku seorang, sedangkan ramai menantu lain lagi. Dia cakap aku special sebab ada baby.
Kalau takde baby pun sama je aku tengok. Mak mertua aku pun satu, dia suka rab4 husband aku ni. Kadang-kadang pagi dia kejut husband aku sambil rab4 *&^ dia. Plik betul aku.Dan setiap kali aku balik mesti diaorang akan sibuk nak masuk bilik transit tu. Nak kejut lah, nak tanya benda-benda mengarut lah.
Malu lah weyhh kalau aku tengah menyusu. Rasa aku nak menangis je dan dan tu. Kadang-kadang baby menangis kul 3 pagi nak susu tetiba dah ada kat hujung tilam. Come on lah takkan lah aku tak terbangun nak bagi susu kot.
Dan lepas tu kalau diaorang dah masuk bilik dia orang akan buka pintu luas-luas. Macam nak perhati apa aku buat dalam bilik. Pernah aku kunci dan mak mertua aku duk perli je.
Third, terasa dipergunakan. Setiap kali kami balik. Kereta aku akan jadi bahan ke sana ke sini. Nobody pun tanya. Terus ambil kunci dan drive termasuk lah anak buah yang tiada lesen lagi.
Aku dulu nak driving pun mak aku tak kasi. Dia cakap simpan saving 1K dulu, nanti kalau accident ke apa ke ada duit emergency. Kita bukan orang kaya. Kami yang hidup selesa pun boleh fikir.
Mak mertua aku suka ajak husband aku ke sana sini dan aku tak dibenarkan ikut. Aku tahu dia saja nak korek apa-apa lah tu.
Kadang-kadang kami kena hantar anak buah dia balik university yang memang jauh dan berpattah balik.
Dan pak mertua aku boleh cakap, sebab aku isteri memangnya kena ikut tanggungjawab suamiku jaga anak buahnya dan bukan tanggungjawab suamiku terhadap keluargaku dan anak buahku.
Seriously? Adik beradik aku perempuan semua dan takkan anak buah aku tak boleh bergantung pada aku?
Disebabkan itu aku minta pindah kerja ke tempat yang jauh jaraknya dari rumah. Kira-kira 10 -12 jam perjalanan. Jadi kita orang berpindah ke tempat baru.
Pada mulanya mereka suruh husband aku jangan ikut. Tapi kuasa Allah swt company suami aku kena downsizing dan husband aku diberhentikan kerja jadi haruslah dia ikut aku kan. Rumah aku? Ye mereka suka campur hal urusan aku.
Disebabkan mereka beriya volunteer jadi agent nak sewakan rumah aku jadinya mereka sibuk tanya husband aku duit semua. Aku tahu mereka ikhlas nak tolong tapi tak tahu lah kenapa hati aku ni tak nak husnuzon.
Sebab depa asyik je cakap ‘rumah kau macam mana’ pada suamiku (itu rumah aku kot, aku beli 4 thn sebelum kahwin). Penyewa dah bayar ke belum. So husband aku cakap itu rumah Anya mestilah masuk bank dia.
Dan mereka minta aku bagi duit tu kepada husband aku, mereka cakap “Anya bagi jelah Khuzairi duit tu rumah kamu berdua juga”. Rumah tu sebulan gaji suami aku kot, aku sewakan rendah kerana mulut mereka yang tawar menawar dengan penyewa. Sobs.
Duit tu untuk loan bank, bukan dibelanjakan. Tanya pula berkali-kali setiap kali call. Kalau buat video call tak ke aku kena bagi muka f4ke? Pasal gaji aku pun mereka sibuk nak tanya, duit anak aku pun sibuk nak kira.
Peliknya aku masa kami nak kahwin mereka langsung tak hulur duit. Suami aku, aku dan mak aku yang keluarkan belanja.
Aku tahu mereka bukan senang tapi bila mereka jual tanah kepada pemaju dan jadi Orang Kaya Baru, mereka lupa janji nak tolong husband aku yang sungguh banyak komitmen sebab hutang-hutang yang mereka lambakkan kepada suami aku.
Berpindah tidak bermakna cerita ini tidak berakhir mudah. Kalau aku balik kampung, aku memang adil 3 hari kampung dia 3 hari kampung aku.
Tapi kalau mertua aku tahu kami ke rumah mak aku dulu mesti dia akan suruh singgah rumahnya walaupun jam 1 pagi ke 4 pagi ke. Mesti touchdown dulu sana.
Suami aku Alhamdulillah rasional dan menolak sebab akan rugi few hours dan sampai separuh hari ke kampungku jadi kiraan akan tidak adil.
Tapi mertua aku akan tukar trick untuk datang ke rumah mak aku dan spend the whole day kat rumah aku sampai mak aku rimas. Selalu sangat buat macam ni sampai mak aku rasa marah dan bengang.
Kadang-kadang ada juga dia suruh aku bercrai sebab dia rasa aku dipergunakan.
Aku? Bukan Tak pernah terfikir. Tapi cuba aku buang jauh-jauh. Bukan sebab anak. Bukan sebab takut jadi janda. Sebab hubungan aku ikhlas dengan suami aku.
Susah senang dia, sabarnya dia walaupun kadang-kadang hiilang juga sabar (huhuhu), tapi tak tahu lah kan jika Allah bolak-balikkan hati aku.
Aku masih tiada simpanan, sebabnya asyik nak tolong suami. Nafkah suami aku bagi time pkp jelah sebab tak kena bayar hutang. Aku jenis tak berkira tapi sedih kadang-kadang lihat suami aku struggle dan parent dia minta aku tanggung anaknya.
Ni duit gaji ni aku nak saving untuk buat sambutan hari jadi anakku mungkin tak jadi kerana mereka dah start collect duit untuk ‘event’ makan malam mereka. Suami aku awal-awal dah wrning tak perlu beli perabot dapur, tumbuk je cili kat lantai sebab kena simpan duit.
Kalau ada tips nak jadi keras atau tips mengelat balik kampung. Sila bagi komen. Amat-amat tertekan.
Oh yaa last sekali aku takut balik sebab mertua aku macam jalani ilmu sesat je. Dia orang kalau travel memang tak solat, fatwa apa pun aku tak tahu. Lepas tu kalau zikir, macam orang sesat juga terjerit-jerit, macam kat dalam tv tu. Tkut aku. Mimpikan hidup tenang.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Afiqah Nasir, Sis, salah satu punca awk tak rasa bahagia sbb mak kandung awak sendiri rasa kecil hati dengan awk..sebab tu redha allah tak smpai kepada awak…walaupun syurga awak di bwh tapak kaki suami, tp redha mak awk pun penting untuk urusan dan kebahgiaan awk di dunia dan juga akhirat
Mak awak pun suruh bercrai, so apa mkna nye?awak ada pelajaran, ada kerjaya, ada semua asset sebelum awk kahwin. Dan suami tak boleh tuntut harta sepencarian.
Pulangkan suami awk ke pangkuan keluarga mereka. Fokus kerjaya awak, anak awak dan ibu awak yg cncer survivor. Ibu ada 1 je, suami boleh cari lain. Kalau dia pergi tanpa sempat awk bahagiakan dia mcm mne? Tak menyesal ke
Anda lebih berharga dan berhak bahagia. Tak semesti nya tiada suami tak boleh bahagia. Belajar berkata tidak dan jgn biarkan org lain ambil kesempatan. awak perlu menyimpan utk kelangsungan hidup.
Kalau suatu hari nanti awak jatuh, believe me your family in law tak akan ambil port pun psal awak…sedangkan ank sendiri susah pun diaorg berkira, inikan menantu.
Cik Peah, Nasihat aku, dont exposed everything about your financial situation. Jangan kongsi apa pun kedudukan kewangan anda dgn mertua atau ipar duai (kalau boleh termasuk suami juga).
Jenis ambil kesempatan mcm ni memang bah4ya, takut di ambil kesempatan dan awak kena tanggung banyak belanja utk keluarga mertua, kena ada simpanan utk diri sendiri dan anak juga. Ini penting utk anda dan anak. Yg lain lain tu pandai pandailah awak mencipta alasan utk mengelak.
Dari perkongsian awak mereka juga jenis yg suka kawal segala aktiviti dan suka paksa utk awak terlibat sama. Memang awak kena bijak mengatur rancangan dan alasan supaya mereka mengalah dan faham keadaan semasa. Tak perlu rasanya nak ikut kehendak mereka setiap masa. Kita pun ada kehidupan dan rancangan utk keluarga kecil kita.
Fye Zura, Bertegas, Say No. penat lelah usaha kau beli rumah. Rumah tu kau beli sebelum kahwin . Tiada istilah hak laki ko. Awal2 lagi mertua kau, dah nampak yg anak dia boleh hidup senang atas kesenangan harta kau ada, income kau sendiri.
Tak semua hal kau , kena bagi tahu lelaki. Your own saving, income, simpan sendiri. Buat hibah awal2. Tu namanya ambil kesempatan atas kesempitan. Kalau boleh jauhkan diri, better jauhkan.
Jangan buang masa dgn family macam ni. No means No Ko jangan nak lembut sangat, no means yes, Dengar nasihat mak sendiri. Benda yg datangkan keburukkan, jangan teruskan.
Nadia Musa, Nampak benar in law ko nak ko jadi menantu dorang sebab ko cukup sifat. Ada segala galanya utk tggung fmly dorang plak. Demmm.. kalau gitu, pindah seberang laut lah.. sabah sarawak.. bwak mak ko skali lah gitu.
Takkan deme nk berenang jugak ke sane smata nak ganggu hidop ko lagi. Smpai bila nak ngelak tak balik kampung. Pak mertua ko pluk c1um… Aishhh lain macam wei prangai.
Elina Suhaini, Pindah and bawa you , suami you and mak you jauh Dari semenanjung and rumah sewa tuh tolong tukar orang lain kalau boleh . And pågår harta benda you dengan Yasin 1-10. And get lawyer opinion regarding your property.
You Kena Bantu diri sendiri dulu and mak you then baru Bantu in-laws you kalau you mampu. Ignore their needs of money, put your child and yourself and your mom first. And buat hibah awal awal.
Sapa nak Jaga mak you kalau diorang selalu buat macam tuh ? Kalau Buntu jugak, I can hook you up with a good syariah c0uncil for legaal opinion. Yang penting , opinion mak you betul. Lelaki mesti beri nafkah. Bukan perempuan.
Julia Hamid, Tak patut tinggalkan ibu dan adik beradik dlm urusan harian semata2 ikut kata mentua dan suami. Tak patut juga biarkan perangai buruk mrk berpanjangan. Hati kena keras atas hak dan kebenaran, sb org yg berebut harta dan wang ringgit selalunya takde belas kasihan, jadi puan selamatkan diri dlm diam2.
Ummi Junaidah, Isu nye adalah tak sekufu.. confessor bertabahla.. you should consider all this possible consequences before you decide to marry him.
terima mereka seadanya.. then..what are the opportunity you have is find a solution.. guna la trick2 sikit ke mcm mana.. akak2 bijak kat sini misti pandai .. nt diorg ajarkan.
Nor Azura, Bawa berbincang laki bini,kalau tak puas hati bab nafkah ke apa ke,cakap terus terang dengan suami.Nampak suami awak pun waras lagi,tak gila macam family dia..
dan bab nafkah ni berat,saya tahu awak pun mesti sayang suami kan,jadi bantulah dia kat dunia ni lagi supaya tak berat kat sana nanti.
Meena Lina, sikap mertua yang anoyying macam ni tak payah layan.. buat bodo buat kering hati jer.. diorang nak terasa nk meroyan lantak diorang la..
kalau mertua tu baik layan menantu macam anak sendiri tak kepochi, menantu sendiri yang tergedik2 akan balik jumpa mertua..
Kamal Husin, Sabo ye konfessor. Sy cdgkan duit confessor buat autodebit ke tabung haji, asb, beli gold, beli saham. Tinggal tepat2 untuk belanja makan dapur. Lepas tu cara paling berkesan tt cuba acah2 nak berenti keje…percayalah, berkesan.
Dulu sy ada driver lori yg selalu ponteng keje, tapi arwh abah sy suruh isteri dia berhenti keje. Lepas tu baru dia rajin keje…setia keje dgn arwh abah sy selama 20 thn. Yg penting biar nampak sengkek walaupun kaya.
Puteri Azira, Kalau dia ajak balik kampung dia, suruh dia keluarkan belanja sendiri semua. Jangan guna duit/harta awak walaupun seposen. Minyak kereta, kereta, duit belanja.
Kalau takda duit, takyah balik kampung dia. Kalau nam suruh balik jugak, suruh mak mertua bagi duit. Kalau nak balik kampung awak, awak sponsor la semua. Buat rules macam tu plak.
Nur Jannah, Gilanya.. Mcm mana u boleh hidup mcm tu. Rumah tu sendiri bukan harta bersama ya.. Sbb u beli sebelum kawin.. So suami you xda hak.. Apatah lg mertua. I think u kena jd org yg mulut laser sikit la..
Husband u pun kena tegas sgt. Contohnya apa? Xpayah update bila nk balik kg, biar diam2 je.. Ni bukan benda main2, keluarga husband u parasit gila punya.
Apa2 kena bincang sama2 husband. Dan husband bukan kena ikut semua kata2 mak ayah dia 100%. Perlu ada pertimbangan waras. Ada benda yg mmg dia kena tolak.. Sebagai suami dia perlu tegas. Kalau tak keluarga mertua u mmg naik lemak..Mcm mana la u hadap. Allah. Rasa nak pengsan baca.
BACA: Suami terkejut isteri dan anak hanya tinggal rangka selepas bertahun tak balik rumah