Ini cara nak selamatkan rumah tangga dari roboh kalau suami nak kahwin lagi

Oleh AHMAD SULAIMAN

Wanita jangan takut jika suami nak kahwin lagi sebab kebanyakan pasangan poligami sebenarnya cukup bahagia.

Ini bergantung kepada sikap suami itu. Jika dia seorang yang bertanggungjawab, punya kewangan yang kukuh,

berkebolehan dalam mendidik keluarga dan apabila dia berkahwin lain dia tidak akan melupakan isteri dan anak-anak dengan berlaku adil.

Wanita yang punya suami sebegini mereka kurang mempunyai isu bila mengetahui suaminya ingin berkahwin lain.

Tapi akan bertukar jadi masalah apabila si suami gagal menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada isteri.

Ini cara nak selamatkan rumah tangga dari roboh kalau suami nak kahwin lagi

Contohnya anak baru dua mereka sudah tidak betah menanggung mereka sekeluarga, hutang yang banyak, perangai tidak senonoh, solat jarang, puasa kurang dan tidak ada ciri-ciri kepimpinan.

Apabila isteri mengetahui suami ada hubungan lain, isteri jadi marah dan merasa ditipu. Suami yang tidak berlaku adil kepadanya ingin berkahwin lagi.

Cara Nak Selamatkan Rumah Tangga

1. Kedua belah pihak perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. Rumah tangga ini seperti sebuah rumah. Ada pintu dan tingkap. Selagi tidak ada mana-mana pihak suami atau isteri membenarkan orang lain masuk, orang lain tidak boleh masuk ke rumah kita.

2. Suami yang memegang janji mengatakan isterinya itu jodohnya sampai mati. Jadi dalam kehidupan seharian mereka langsung tidak dipengaruhi faktor lain. Misalnya ketika kawannya kahwin lain atau sanak saudaranya ingin menjodohkannya dengan wanita lebih menarik, dia tidak terpengaruh. Tetap setia dengan isterinya.

3. Masing-masing perlu sedar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Apabila seorang isteri dan suami mengikut tanggungjawab yang dilandaskan dalam Islam mereka akan menjadi suami isteri yang baik. Sikap bertanggungjawab ini amat susah untuk membuka ruang untuk orang lain masuk ke dalam rumah tangga mereka.

4. Namun zaman sekarang suami lantang mahukan hak mereka ingin berkahwin lebih dari satu. Isteri pula mahukan hak dia untuk dapatkan nafkah dan macam-macam lagi.

5. Sebenarnya isteri dapat mengesan jika suaminya berlaku curang di peringkat awal lagi. Cuma ada isteri yang tidak mengambil tahu atau buat tidak tahu.

Naluri Luar Biasa Wanita

Wanita tahu bagaimana suaminya itu mempunyai skandal dengan wanita lain melalui perbuatan, bahasa tubuh, cara suami berpakaian mereka dapat mengesan dengan baik. Begitu juga jika bayi menangis, mereka tahu tangisan itu sebab apa. Mahukan susu, mahu didukung, lampin perlu ditukar dan sebagainya.

Cara untuk menyelamatkan rumah tangga ini, mereka perlu berjumpa pakar mengenai perkahwinan seperti jumpa kaunselor.

Mereka akan diberi nasihat rasional untuk melihat perkahwinan itu lebih baik dan beri cadangan serta bantuan. Namun untuk beliau memberi satu cadangan yang boleh diguna pakai tidak ada.

Kerana ada pasangan yang memilih untuk bercerai, ada isteri sanggup bermadu, ada isteri yang buat sesuatu sehingga suami merasakan tidak berbaloi untuk berkahwin lain.

Macam mana pun suami perlu rasional dan tahu sebab apa mereka perlu berkahwin lain. Ini akan menentukan hala tuju perkahwinan yang dibina pada masa hadapan.

BACA: Dibesarkan dengan peraturan ketat, Iman Troye dedah dapat miliki telefon pada usia 17 tahun