Gelagat Tengku Hassanal bila Tunku Azizah tanya ‘where’s your wife’ undang reaksi ramai

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilahirkan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, dengan gelaran Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tunku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom dari tahun 2002 hingga 2007,

sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah ST Thomas, Kuantan dari tahun 2008 hingga 2012.

Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham. Pada Mei 2018, Tengku Hassanal menamatkan pengajian

Gelagat Tengku Hassanal bila Tunku Azizah tanya 'where's your wife' undang reaksi ramai

Dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan Ijazah dalam Hubungan Antarabangsa. Setelah itu, baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh @syudshuhada telah menarik perhatian ramai. Video tersebut kini meraih 287 ribu tontonan, 11 ribu tanda suka, dan 127 komen.

Dalam video tersebut, Tengku Hassanal dilihat memberitahu bondanya tentang memperkenalkan kawannya semasa latihan ketenteraan.

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut dan berpendapat bahawa mereka terhibur dengan cara Tengku Hassanal menjawab pertanyaan dari Tunku Azizah.

BACA: ‘Degree ilmu bocah apa, degree itu kita beli’ DMA Islam dikecam bawa pandangan merosakkan anak bangsa