Kecoh di laman media sosial apabila bekas isteri Engku Emran, pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella,
Dikatakan telah bernikah dengan seorang pendakwah terkenal.
Tular Berita Perkahwinan, Jadi Isteri Ketiga
Khabar angin ini semakin “panas” apabila Bella didakwa menjadi isteri ketiga pendakwah tersebut.
Terdapat dakwaan bahawa pelakon tersebut telah mengadakan majlis pernikahan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Penafian Dari Pihak Keluarga Bella
Sedar tentang penyebaran khabar angin tersebut, salah seorang ahli keluarga Bella tampil menafikannya.
“Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar.
Ini jelas kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting.”
Berita Palsu, Bella Sedih
Wanita bernama Kaditha itu menyatakan bahawa berita yang disebarkan adalah palsu dan tidak benar.
Beliau juga menegaskan bahawa posting terdahulu yang berkaitan dengan isu pernikahan ini telah dipadam dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkannya lagi serta memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat.
BACA: Kecoh banduan berjaya lolos dari penjara hanya guna semangkuk sup je!