Gara-gara memiliki berat badan berlebihan membuatkan si suami enggan melakukan hubungan intim dengan si isteri.
Menerusi luahan yang dikongsikan semula di aplikasi X, wanita terbabit yang berusia 28 tahun akui kecewa dan terkilan dengan sikap suaminya itu.
Malah bermacam-macam alasan yang diberi oleh suaminya setiap kali dia mengajak untuk bersama.
Tahun lepas aku gemuk, suami aku tak berapa sentuh aku.
Awal tahun ni aku bernazar aku tak akan lakukan hubungan intim (seks) dengan suami aku untuk satu tahun kalau aku kurus.
Sehinggalah pada suatu ketika, wanita ini bernazar untuk tidak melakukan hubungan intim bersama suami selama satu tahun.
Dalam masa itu juga, wanita ini mula melakukan senaman sehingga beratnya yang dahulu 130kg namun kini sudah pun mencecah 57kg. Bukan itu sahaja, wanita ini akui dia mula berubah termasuk dari segi penampilannya.
Sekarang suami aku terhegeh-hegeh nak bersama tapi masalahnya aku dah bernazar. Mana boleh langgar nazar. Aku tolak permintaan dia, aku beritahu dia aku tak boleh layan permintaan dia sebab dah bernazar. Kalau dia nak, kena tunggu 5 bulan. Tapi suami aku tak sabar. Nak juga.
Aku tak tahu nak buat macam mana dah. Apa yang aku faham, kalau dah nazar tak boleh langgar.
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini menjelaskan dia membuat nazar sedemikian kerana sakit hati dengan sikap suaminya itu.
Sebulan sekali baru nak sentuh aku, itu pun lepas aku dah marah sangat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan wanita terbabit yang bernazar untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah. Menurut mereka, nazar tersebut tidak sah kerana ianya telah melanggar perkara wajib seperti tidak melayani suami.
Mana boleh bernazar againt benda wajib. Layan suami wajib, kau bernazar tak layan setahun. Padahal tak layan berdosa.
Boleh ke nazar untuk benda yang tak datang faedah? Ajak suami pergi dengar kuliah sekali.
Salah konsep akak ni. Bernazar hanya boleh pada benda sunat sahaja. Hubungan suami isteri tu benda wajib, kalau suami minta.
BACA: Baru tahu sebab apa ramai tak pernah tengok anak burung merpati, sebab ramai tak jangka!