Israel lunyai kena belasah dalam ‘perang’ bola Olimpik Paris 2024

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Paraguay menghidupkan peluang untuk layak ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 setelah menewaskan Israel 4-2 dalam aksi kedua Kumpulan D.

Selepas kalah 5-0 kepada Jepun dalam perlawanan pertama kumpulan, La Albirroja perlu menang untuk melayakkan diri.

Sementara itu, The Skyblue and Whites juga memerlukan kemenangan untuk menyertai Jepun ke pusingan seterusnya.

Penyerang muda dari Brighton, Julio Enciso, mengetuai serangan Paraguay, manakala pemain tengah KAA Gent, Omri Gandelman, mengetuai pasukan Israel.

Pada separuh masa pertama, La Albirroja melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah gawang The Skyblue and Whites yang dikawal oleh Omer Nimron.

Israel lunyai kena belasah dalam 'perang' bola Olimpik Paris 2024

Paraguay akhirnya membuka jaringan menerusi penyerang Libertad, Marcelo Fernandez, pada minit ke-25.

Terkejut dengan jaringan tersebut, Israel yang dibimbing oleh bekas pengendali Charlton Athletic, Guy Luzon, berusaha untuk mencari gol penyamaan.

Walau bagaimanapun, penjaga gol veteran Botafogo, Gatito Fernandez, memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Memasuki babak kedua, The Skyblue and Whites terus melancarkan serangan untuk mendapatkan gol penyamaan. Akhirnya, Gandelman menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-53.

Enciso yang menjadi ancaman kepada pertahanan Israel, kembali meletakkan La Albirroja di depan pada minit ke-69.

The Skyblue and Whites kemudian menyamakan kedudukan buat kali kedua menerusi pemain tengah menyerang Red Bull Salzburg, Oscar Gloukh, pada minit ke-80.

Namun, hasrat Israel untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata tidak tercapai apabila Fabian Balbuena dan Fernandez masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-93 dan 96.

Keputusan ini menyaksikan Paraguay berada di tangga kedua kumpulan, dua mata di hadapan Israel. Sofascore memilih pemain tengah Inter Miami, Diego Gomez, sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.6.

Seterusnya, Israel akan berdepan Jepun pada awal pagi 31 Julai, manakala Paraguay akan bertemu Guinea pada hari yang sama untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya bersama Jepun

BACA: Wanita kongsi kos kahwin paling jimat, dengan RM4000 je selesai semua