“Suami aku stress sebab dekat tempat kerja, perempuan tu buat fitnah kononnya suami aku tergila-gilakan dia”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Salam semua. Nama aku Kasih. Sudah berkahwin selama 6 tahun dan punya 2 orang anak. A

ku salah seorang wanita maIang yang suami aku telah curang dengan aku. Aku dapat hidu perbuatan suami aku pada bulan puasa yang lalu.

Dia curang dengan rakan sekerja (janda dalam proses bercerai). Aku gelarkan J. Pada malam tersebut, suami ingin keluar selepas buka puasa katanya dengan rakan – rakan sekerja.

Jadi aku izinkan saja. Untuk pengetahuan, suami aku bukan jenis yang berkawan dan lepak dengan kawan – kawan di luar. Hidupnya 100% hanya bersama aku.

Tapi sejak hari itu dia selalu minta izin untuk berbuka di luar jadi aku izinkan. Namun tingkahlaku suami amat mencurigakan.

"Suami aku stress sebab dekat tempat kerja, perempuan tu buat fitnah kononnya suami aku tergila-gilakan dia"

Selepas saja jamah air dan makanan sedikit di rumah selepas azan, dia rushing mandi dan siap – siap nak keluar.

Sehinggakan dia tinggal anak – anak begitu saja sedangkan aku masih belum siap mandi. Selang beberapa hari dia keluar lagi dan pulang lewat dalam jam 11 malam. Aku yang sudah tidak sedap hati telah curi – curi melihat telefon dan whatsapp dia.

Ternyata memang benar sangkaan seorang isteri, apabila aku terlihat semua mesej – mesej antara mereka ibarat pasangan bercinta. Yang buat bertambah luluh kami baru saja menyambut hari jadi aku kelmarin dan dia ada mesej J ketika dia dengan aku.

Aku telah berdepan dengan dia pada malam itu jugak. Nasib anak – anak sudah tidur. Suami aku mengaku dan menyesali perbuatannya. Katanya hubungan mereka masih baru tak sampai 2 minggu lagi. Jadi semalaman kami hanya menangis sehingga ke subuh.

Aku telah memaafkan suami aku. Namun sejak itu, aku dapat tahu melalui link whatsapp yang mereka masih berhubung. Selepas ditipu beberapa kali aku masih lagi memaafkan dia. Perkara ini berlanjutan sehingga selepas raya.

Dalam tempoh itu hubungan kami kejap ok kejap tak ok. Beberapa kali juga aku gertak untuk minta cerai dan halau dia keluar dari rumah. Dia masih lagi berhubung dengan J itu dengan alasan rakan sekerja malah mem4ksa aku untuk menerima J sebagai rakan sahaja. Aku menolak dengan keras permintaan itu.

Sehinggalah pada suatu hari, mungkin antara doa – doa aku Tuhan makbulkan, si J berada bersama bekas suaminya, aku gelar B. Namun pada masa sama si J telah menghantar pesanan pada suami aku. Suami aku membaca mesej itu lalu terus telefon.

Nampaknya panggiIan telefon itu telah kantoi dengan B. B dengan marah telah membaca semua mesej – mesej yang lepas (mungkin J tak padam mesej) dan telefon untuk memarahi suami aku. B minta untuk bercakap dengan aku. Aku akur.

Namun ternyata perbualan itu telah meninggaIkan tr4uma dalam hidup aku. B telah melemparkan kata – kata tak enak ditelinga pada aku akibat amarah kepada hubungan suami aku dan J. B keluarkan kata – kata kesat pada aku, sampai aku tr4uma.

B telah mengugvt untuk menumbvk suami aku di tempat kerja dan biar semua di tempat kerja tahu mengenai hal ini. Akibat ketakukan, kami telah membuat laporan polis dan aku masih setia di sisi suami aku. Selepas insiden itu, perasaan suami aku kepada J telah bertukar dan dia terlalu membenci J dan menganggap J ini perempuan yang hanya memusn4hkan hidupnya.

Hari – hari suami aku di tempat kerja ternyata sukar apabila J telah menyebar cerita bahawa hanya suami aku yang tergiIa – giIakan dia dan mengajak dia berkahwin sebelum ini. Aku dah mintak nak berdepan dengan J untuk lepas apa yang sangkut kat d4da ni tapi suami tak izinkan.

Aku masih taat lagi kehendak dia. Tapi aku yang mer4na sebab ada benda yang sangkut tak terucap. Mungkin sampai m4ti benda ni sangkut. Hubungan aku dengan suami sem4kin baik kerana kami mengambil hikmah di sebalik kejadian ini dan anggap ujian untuk menyedarkan hubungan kami yang agak renggang sebelum ini.

Namun, aku kadang – kadang berper4ng dengan perasaan sendiri. Aku kadang – kadang terbayang perbuatan curang, teringat mesej – mesej mereka dan juga kata – kata dari bekas suami si J tu. Harini datang lagi episode berper4ng dengan perasaan sendiri.

Aku mungkin boleh memaafkan tapi tidak mungkin dapat melupakan. Sungguh aku berharap Tuhan bisa memadamkan babak hitam hidupku ini. Ya Allah ku mohon ketenangan jiwa agar dapat ku redha dengan setiap ujian ini. Tiadalah lagi daya ku ini… – Kasih (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Muhammad Harith : Maafkan jelah suami sis, disebabkan krisis ni hubungan sis dan suami bertambah baik. Suami sis hanya tersilap langkah, mungkin tak sampai ke hubungan serius lagi. Ada yang lagi teruk dari ni ujian kehidupan.

Suami terj4ngkiti HlV, lepas tu jangkit pada isteri pula. Haa.. bersyukurlah.

Cik Puan Ria : Husband sis yang buat hal. Apesal pulak sis yang nak kena tanggung sampai suami J kata yang bukan – bukan ke sis. Sis maruah diri tuh patut suami sis yang kena protect dulu tau. Kalau dia sendiri tak jaga maruah dia.. macam mana sis nak jaga maruah sis?

Sis pilih bertahan, tak apa la. Sis lebih tahu tapi lepas ni tolong jangan lembik lagi tau. Kalau ada apa – apa yang buat sis bertahan dengan suami sebab terp4ksa, break the wall.

Jangan duduk situ biar orang buIi. Pelan – pelan mendiri supaya kebahagiaan tuh bukan dip4ksakan, tapi sebab sis redha. Semoga dipermudahkan ya sis.

BACA: Masa belum beli nampak cantik je TV di kedai, ini sebab apa bila bawa balik jadi malap