Cikgu pesan bawa gambar bunga rafflesia, lain pula jadi bila murid gunting RM10

Oleh AHMAD SULAIMAN

Anak murid sekolah rendah seringkali menunjukkan pemikiran yang luar jangkaan orang dewasa.

Baru-baru ini, tular gambar sekeping duit not RM10 yang dipotong bahagian bunga Rafflesia sehingga menjadi bualan warganet.

Menurut hantaran di Facebook Geng Suri Rumah, duit not tersebut dipotong kerana si anak perlu membawa lima keping gambar bunga Rafflesia ke sekolah.

Dengan kreativiti luar biasa, si anak memutuskan untuk memotong gambar bunga tersebut terus dari duit not RM10.

“Cikgu pesan bawa lima keping gambar bunga Rafflesia esok. Ini baru guntingan yang keempat, mak dah naik hantu.

Cikgu pesan bawa gambar bunga rafflesia, lain pula jadi bila murid gunting RM10

Kalau lima keping, dah 50 ringgit ya anak,” luah si ibu.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran di Facebook tersebut telah meraih lebih 15,000 tanda suka, 1,000 komen, dan 1,700 perkongsian semula daripada warganet.

Ramai netizen terkejut dengan pemikiran kreatif kanak-kanak tersebut. Tidak mahu menyusahkan ibu bapa, si anak mengambil inisiatif sendiri, yang menyebabkan empat keping not RM10 tidak boleh digunakan buat masa ini.

“Cikgu lupa pesan jangan gunting bunga Rafflesia dekat duit RM10 itu,” ujar orang ramai.

BACA: Che Ta tunjuk duit berkepok tapi lain pula netizen perasan, takut netizen tengok