Harith Iskander dan Dr Jazemin Lim sah cerai talak satu

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pelawak Malaysia, Harith Iskander, 57, dan Dr Jezamine Lim, 41, telah bercerai secara rasmi.

Bekas pasangan tersebut menamatkan perkahwinan mereka selepas Harith mengucapkan talak di hadapan Hakim Syarie

Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari Khamis (25 Julai) jam 12.05 petang.

Menurut peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, kedua-duanya bersetuju untuk bercerai secara baik disebabkan perbezaan yang tidak dapat dipertautkan.

“Hubungan mereka masih baik demi anak-anak. Tiada masalah,” katanya menurut laporan mStar.

Harith Iskander dan Dr Jazemin Lim sah cerai talak satu

Untuk rekod, Jezamine memfailkan permohonan perceraian terhadap Harith pada 25 Jun.

Pasangan yang berkahwin pada 12 Jun 2010 ini mempunyai tiga orang anak, berusia antara 14 hingga sembilan tahun.

Harith sebelum ini mengakui kekurangan peribadinya sebagai punca utama perceraian tersebut.

Dalam satu temu bual dengan The Rakyat Post, pelawak tersebut berkata dia adalah seorang “idiot” yang “bertindak dengan cara yang tidak sepatutnya.”

“Saya tidak akan berkata oh saya buat ini, tak buat itu, saya tidak akan memberi sebarang alasan, saya telah melakukan perkara bodoh yang banyak dilakukan oleh lelaki dan anda mungkin fikir saya sepatutnya lebih bijak pada usia saya,” tambahnya.

BACA: Che Ta tunjuk duit berkepok tapi lain pula netizen perasan, takut netizen tengok