Hampir 30 tahun dalam industri hiburan, pelawak Ilya Senario mengumumkan bahawa dia akan beralih bidang menjadi seorang mutawif tidak lama lagi.
Ilya, yang lebih dikenali sebagai Pak Ya, berkata dia telah lama menyimpan impian untuk menjadi mutawif,
Namun rezeki itu belum tercapai kerana jadual kerja seninya yang padat.
“Di penghujung usia saya ini, mungkin saya ingin mencari kerjaya yang lebih dekat dengan Allah dan agama.
Saya bercadang untuk menjadi seorang mutawif atau pemimpin haji.
“Sekarang ini, saya sedang mengikuti kursus untuk menjadi mutawif dan insyaAllah, pada bulan Disember nanti, saya akan menyertai trip pertama ke Makkah. Jika lulus ujian, saya akan terus bekerja dengan syarikat ini.
“Saya telah memikirkan perkara ini sejak lama, tetapi peluang masih belum ada.
Apabila peluang ini datang, saya terus terima tanpa ragu.
Saya sudah tidak mahu melawak selamanya; mungkin selepas ini saya akan melawak dengan cara yang berbeza,” kata Pak Ya seperti yang dilaporkan oleh mStar.
BACA: Lagi kes abai anak, tular video kanak-kanak tidur di kedai dobi jam 3 pagi