‘Dia disahkan mati lemas, sedangkan dia dipukul sampai cedera organ dalaman’ – Kes buli kedua berlaku selepas kes Zulfarhan?
Dalam perkembangan terbaru, timbul pula kes seorang lagi penuntut UPNM, Amirul Nashriq Othman, 19, yang dipercayai didera oleh lapan penuntut UPNM.
“Ini bukan satu-satunya kes, anak kawan saya juga meninggal di sana akibat buli di UPNM. Dia telah mengalami kecederaan yang sangat serius.
“Budak-budak yang membuli membawa mangsa keluar dari kawasan UPNM dan pergi berkelah.
Kemudian, mangsa disahkan mati lemas, sedangkan dia dipukul sehingga mengalami kecederaan organ dalaman.
“Kes ini berlaku selepas kes Zulfarhan. Tidak sampai dua tahun dari kes itu. Apabila wakil UPNM datang menghantar alatan peribadi anak kawan saya, ada barang yang cukup dan ada yang bukan milik arwah.
“UPNM tidak memberikan sebarang jawapan mengenai kes kematian tersebut,” kata sumber yang enggan dikenali.
Menurut laporan Berita Harian pada 29 Mei 2018, bapa mangsa, Othman Yusof, 52, mendakwa anaknya didera sebelum meninggal dunia kerana terdapat kecederaan pada tubuh anaknya.
Othman turut membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan laporan bedah siasat anaknya.
“Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang.
“Laporan itu mencurigakan kerana kesan lebam di dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat menghantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior.
“Anak saya sebelum ini menunjukkan gambar lebam di dada, dia kata kena pukul di bahagian ulu hati hingga senak bersama seorang lagi rakannya.
“Kami menyuruhnya pulang ke kampung, namun peliknya dua hari kemudian, arwah bersama rakannya ke kawasan air terjun dan meninggal dunia akibat lemas.”
Difahamkan, Amirul pergi ke Air Terjun Chamang bersama tujuh rakannya dari universiti yang sama.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis, berkata siasatan mendapati mangsa lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di air terjun itu. Ketika mandi, mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan gagal dikesan sebelum timbul 15 minit kemudian. Rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya.
Sementara itu, kakak mangsa, Norzulaikha Othman, turut berkongsi kronologi kejadian itu.
“Sudah buat laporan polis namun tiada tindakan lanjut.”
BACA: ‘Tiada common sense!’ Tular video lelaki degil bawa anjing masuk kedai makan