Dari kereta api ke kokpit pesawat komersial, ini kisah pemandu kereta api kepada ‘pilot’ AirAsia

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Siapa sangka, dengan dedikasi dan usaha yang tinggi, seorang pemandu kereta api kini telah berjaya menjadi juruterbang AirAsia dan memandu pesawat Airbus.

Dalam satu perkongsian di TikTok mengenai cerita inspirasi, seorang pemengaruh media sosial dan juga juruterbang AirAsia

berkongsi kisah luar biasa rakan sekerjanya yang bermula sebagai pemandu kereta api sebelum mencapai impiannya sebagai juruterbang.

“Anda pasti tidak percaya bagaimana juruterbang AirAsia ini bermula,” katanya dalam video yang mendapat ribuan tontonan.

“Kawan kita ini, sebelum menerbangkan Airbus, inilah yang dia pandu.”

Dari kereta api ke kokpit pesawat komersial, ini kisah pemandu kereta api kepada 'pilot' AirAsia

Sambil menunjukkan gambar rakan sekerjanya di hadapan sebuah keretapi, juruterbang tersebut menambah, “Jangan main-main. Dari memandu kereta api kepada juruterbang Airbus.”

Kisah ini bukan sahaja menarik perhatian kerana perjalanan karier yang luar biasa, tetapi juga sebagai inspirasi untuk berjaya.

“Jadi, jangan pernah berkata anda tidak mempunyai peluang untuk mengejar impian. Jika seorang pemandu kereta api boleh menjadi juruterbang Airbus, kenapa anda tidak boleh?”

@jfkjohan @Tony Fernandes selalu cakap kan #DareToDream, geng korang takkan percayalah abang co pilot saya hari ini dulu kerja sebagai apa!!! Korang tengok video nie sampai habis okay, kasi like kasi comment kasi share sikit Insya Allah boleh kasi inspirasi kat semua budak budak kita supaya boleh kasi UP sikit. Thanks geng. See you soon when you #FlyAirAsia okay! Jom @Fly AirAsia ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan


Perjalanan dari memandu kereta api ke kokpit pesawat komersial adalah sesuatu yang jarang kita dengar, tetapi ia tidak mustahil.

BACA: “Tak tahan dengan sikap suami, esoknya aku pakai baju kerja dan curi-curi masukkan baju dalam beg, aku drive ke mahkamah syariah dan balai polis”